Kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fizikokimia dan aktiviti antioksidan alginat daripada Sargassum sp.

Alginat merupakan polisakarida berstruktur anionik yang terdapat dalam matriks alga perang dan lazimnya digunakan sebagai agen penggelan, pengemulsi dan penstabil dalam industri makanan. Objektif utama kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fiziko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lim, Sze Ling, Sharifah Habibah Syed Khalafu,, Wan Aida Wan Mustapha,, Lim, Seng Joe
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11539/1/18%20Sze%20Ling%20Lim.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11539/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num10_2017/contentsVol46num10_2017.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Alginat merupakan polisakarida berstruktur anionik yang terdapat dalam matriks alga perang dan lazimnya digunakan sebagai agen penggelan, pengemulsi dan penstabil dalam industri makanan. Objektif utama kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan kaedah pemendakan berbeza terhadap ciri fizikokimia alginat. Dalam kajian ini, alginat telah diekstrak daripada Sargassum sp. dengan menggunakan dua kaedah pemendakan yang berbeza iaitu melalui pemendakan dengan garam kalsium dan asid (sampel A) dan juga pemendakan dengan asid dan etanol (sampel B). Analisis ATR-FTIR telah mengesahkan kehadiran alginat dalam kedua-dua ekstrak Sargassum sp. Hasil pengekstrakan alginat bagi sampel A dan sampel B masing-masing adalah 28.16% dan 18.24%. Ciri fizikokimia yang diuji ialah warna, kelikatan, aktiviti penggelan dan kuasa pemerangkapan radikal bebas DPPH dan dibandingkan dengan alginat komersial (Sigma-Aldrich). Alginat yang terhasil adalah berwarna kuning kecoklatan dan mempunyai kelikatan pseudoplastik dengan penipisan ricih. Aktiviti penggelan kedua-dua sampel (A & B) adalah berbeza secara signifikan, (p<0.05) dengan alginat komersial. Kuasa pemerangkapan radikal bebas DPPH sampel A adalah lebih tinggi berbanding alginat komersial (20.10 ±3.84 & 11.89 ±3.12). Secara keseluruhan, kaedah pemendakan sampel A adalah lebih baik berbanding sampel B disebabkan oleh hasil alginat yang tinggi, aktiviti antioksidan yang tinggi dan ciri fizikokimia yang hampir setanding dengan alginat komersial.