Motivasi pembelajaran sebagai pemboleh ubah pengantara dalam perhubungan antara bimbingan penyelia dengan motivasi kerja

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai perhubungan antara bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran dan motivasi kerja. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja di Agensi-agensi Pusat Kerajaan Persekutuan Malaysia, Putrajaya. Perisian SmartPLS telah digunakan untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Nur Izzaty, Ismail, Azman, Mohd Shariff, Mohd Nor
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2019
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29292/1/IJMS%2026%2002%202019%2099-124.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29292/
https://doi.org/10.32890/ijms.26.2.2019.10521
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menilai perhubungan antara bimbingan penyelia, motivasi pembelajaran dan motivasi kerja. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja di Agensi-agensi Pusat Kerajaan Persekutuan Malaysia, Putrajaya. Perisian SmartPLS telah digunakan untuk menilai kualiti data borang soal selidik dan menguji hipotesis-hipotesis kajian. Keputusan analisis model laluan SmartPLS menunjukkan bahawa kesan bimbingan penyelia terhadap motivasi kerja dipengaruhi secara tidak langsung oleh motivasi pembelajaran. Dapatan kajian ini menerangkan bahawa keupayaan penyelia mengamalkan bimbingan secara teratur dalam melaksanakan operasi kerja harian dapat membangkitkan motivasi pembelajaran dalam diri pekerja. Natijahnya, motivasi ini boleh pula mendorong mereka meningkatkan motivasi kerja. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan oleh pengamal untuk memahami kerumitan konsep motivasi pembelajaran dan merangka pelan tindakan strategi untuk meningkatkan kemahiran kejurulatihan kepimpinan bagi mencapai dan mengekalkan matlamat dan strategi organisasi dalam era globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan.