Pendekatan pembelajaran Al-Ghazali dan kesannya terhadap pencapaian tahap kefahaman membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah menengah

Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pendekatan pembelajaran al-Ghazali sebagai pendekatan alternatif bagi meningkatkan tahap kefahaman membaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan selama enam minggu di sebuah sekolah menengah h...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sopian, Sofia Hani Izyan, Mamat, Simah, Abd Rahman, Fadzilah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113196/1/113196.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113196/
https://jurnal.usas.edu.my/gjat/index.php/journal/article/view/172
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan pendekatan pembelajaran al-Ghazali sebagai pendekatan alternatif bagi meningkatkan tahap kefahaman membaca dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan selama enam minggu di sebuah sekolah menengah harian. Seramai 59 orang murid tingkatan empat iaitu 33 orang murid kumpulan eksperimen dan 26 orang murid kumpulan kawalan mempunyai prestasi Bahasa Melayu yang hampir sama. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Versi 25.0. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor pascaujian bagi pencapaian keseluruhan kefahaman membaca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan iaitu min praujian (58.18) dan min pascaujian (71.76) dalam kumpulan eksperimen yang menerima rawatan. Manakala bagi kumpulan kawalan yang menggunakan rawatan pendekatan konvensional juga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian kefahaman membaca dengan min praujian 58.69, dan min pascaujian 62.92. Kedua-dua kumpulan mempunyai peningkatan tahap kefahaman membaca, namun kumpulan eksperimen memperoleh skor min yang lebih tinggi (13.58) berbanding kumpulan kawalan (4.23). Kesimpulannya, pendekatan pembelajaran al-Ghazali dapat membantu meningkatkan pencapaian kefahaman membaca Bahasa Melayu di sekolah. Implikasi kajian adalah pendekatan alternatif perlu disesuaikan oleh guru mengikut kebolehan murid. Dapatan juga memberikan panduan kepada pihak KPM untuk menambahbaik kurikulum Bahasa Melayu dan pendekatan yang sesuai dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi murid.