Persekitaran pembelajaran bilik darjah, pencapaian dan minat kerjaya stem pelajar tingkatan 4 aliran sains di Sandakan

Kajian dalam persekitaran pembelajaran STEM di dalam bilik darjah kurang diberi perhatian sehingga kini, walhal, persekitaran pembelajaran adalah salah satu indikator kualiti pendidikan. Walaupun terdapat banyak program STEM yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar dalam kerjaya STEM, namu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nursyahirah Ahmad
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42327/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42327/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42327/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian dalam persekitaran pembelajaran STEM di dalam bilik darjah kurang diberi perhatian sehingga kini, walhal, persekitaran pembelajaran adalah salah satu indikator kualiti pendidikan. Walaupun terdapat banyak program STEM yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar dalam kerjaya STEM, namun pendekatan STEM di dalam bilik darjah tidak begitu jelas kerana program-program STEM hanya menjadi aktiviti tambahan di luar bilik darjah. Maka, selari dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini yang menekankan elemen pendekatan STEM di dalam bilik darjah, kajian tinjauan tentang persekitaran pembelajaran STEM di bilik darjah dilaksanakan. Antara instrumen yang sesuai untuk menilai persekitaran pembelajaran STEM di dalam bilik darjah ialah Tinjauan Persekitaran Pembelajaran Konstruktivis dan STEM (CLES-STEM). Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungan antara persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran dan minat dalam kerjaya STEM. Oleh itu, minat dalam kerjaya STEM pelajar diukur melalui instrumen Tinjauan Minat Kerjaya (CIQ). Instrumen CLES-STEM dan CIQ ini diperlukan untuk membantu para penyelidik menilai sejauh mana persekitaran bilik darjah tertentu selaras dengan pendidikan STEM serta membantu guru untuk berefleksi mengenai tanggapan mereka dan memperbaiki semula sesi pembelajaran pelajar. Instrumen ini ditadbirkan kepada 240 orang pelajar Tingkatan Empat daripada 19 buah sekolah di Daerah Sandakan, Sabah. Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran (p=0.453;>0.05) dan minat dalam kerjaya STEM (p=0.764;>0.05) tidak berbeza mengikut jantina pelajar, manakala persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran mengikut lokasi sekolah secara (p=0.168;>0.05) keseluruhannya tiada perbezaan yang signifikan, tetapi minat dalam kerjaya STEM pula berbeza mengikut lokasi sekolah (p=0.000;<0.05). Analisis korelasi menunjukkan konstruk persekitaran pembelajaran CLES-STEM mempunyai perkaitan yang signifikan yang lemah dengan minat dalam kerjaya STEM (r=0.349; p<0.05). Namun, dapatan kajian ini menunjukkan tiada perkaitan antara persekitaran pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar (r=-0.130; p>0.05). Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa pencapaian akademik bukan indikator yang baik untuk minat pelajar dalam kerjaya STEM. Namun, bagi persekitaran pembelajaran pula, terdapat empat konstruk (Penyelesaian Masalah; Manipulasi Teknologi; Pemikiran Reka Bentuk dan Kreativiti; dan Pendedahan Kerjaya STEM) yang boleh dipertimbangkan sebagai indikator yang baik terhadap minat pelajar dalam kerjaya STEM.