Pengajaran secara kolaboratif terhadap murid berkeperluan khas di program pendidikan inklusif: Satu kajian kes

Isu yang sering kali ditemui dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah guru-guru mata pelajaran arus perdana menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas faktor-faktor yang mempengaruhi permasalaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Che Omar, Siti Fatimah, Salleh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1346/1/FH03-FKI-19-22999.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1346/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu yang sering kali ditemui dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah guru-guru mata pelajaran arus perdana menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta mengupas faktor-faktor yang mempengaruhi permasalahan dalam pengajaran guru-guru mata pelajaran arus perdana di PPI. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dan kuantitatif bagi mengumpulkan data-data. Seramai empat orang responden guru mata pelajaran teras terlibat dalam temubual dan dua belas orang responden terlibat dalam soal selidik yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan sembilan orang guru mata pelajaran di sebuah sekolah menengah di negeri Kelantan. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi oleh penyelidik perlunya teknik pengajaran secara kolaboratif dilaksanakan di kelas inklusif di PPI supaya PdP menjadi lebih efektif. Bagi melaksanakan PdP secara kolaboratif ini, guru-guru mata pelajaran arus perdana di PPI sangat memerlukan bantuan dari segi khidmat kepakaran daripada seorang guru resos. Dengan menempatkan guru resos di PPI diharapkan PdP yang berkesan secara kolaboratif dapat dilaksanakan bagi mengatasi segala kelemahan serta permasalahan yang berlaku dikelas inklusif.