Kesan penggunaan jenis tepung terhadap kelikatan dan parameter pemprosesan produk goreng bersalut

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan tepung gandum, tepung beras dan tepung sagu pada dua nisbah tepung : air yang berbeza terhadap kelikatan dan parameter pemprosesan produk goreng bersalut. Cecair penyalut telah disediakan dengan mencampurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Meutia Sandra,, Mohamad Yusof Maskat,, Wan Aida Wan Mustapha,, Aminah Abdullah,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2005
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3945/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num2_2005/vol34num2_05page17-21.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan tepung gandum, tepung beras dan tepung sagu pada dua nisbah tepung : air yang berbeza terhadap kelikatan dan parameter pemprosesan produk goreng bersalut. Cecair penyalut telah disediakan dengan mencampurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung sagu dengan air pada dua nisbah tepung: air iaitu 1 : 1 dan 1 : 2. Pisang nipah (Musa sapientum) sebagai substrat telah disalut dan digoreng pada suhu 180oC selama 3 minit. Keputusan menunjukkan tepung gandum menghasilkan kelikatan, peratus lekatan salutan dan hasil akhir penggorengan yang tertinggi manakala tepung sagu yang terendah sama ada pada nisbah 1 : 1 ataupun 1: 2 (tepung : air). Terdapat perbezaan yang bererti (p<0.05) bagi peratus kehilangan penggorengan di antara jenis tepung yang berbeza bagi kedua-dua nisbah tersebut. Untuk cecair penyalut dengan nisbah 1:2 (tepung : air), tepung gandum menghasilkan peratusan bagi parameter kehilangan penggorengan yang terendah manakala tepung beras yang tertinggi.