Direktori Kuih Tradisional Indonesia, Malaysia dan Thailand: Perbandingan daripada Perspektif Motif, Bentuk, Fungsi dan Falsafah (S/O 14784)
Penyelidikan ini bertujuan meneliti penghasilan kuih tradisional yang dimiliki secara bersama oleh Malaysia, Indonesia dan Thailand. Motivasi utama digerakkan oleh kesedaran bahawa sekiranya tidak dikaji secara saintifik dan empirikal berbantukan sumber data berwibawa, hal ini diyakini mampu menyeba...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31551/1/14781.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31551/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan meneliti penghasilan kuih tradisional yang dimiliki secara bersama oleh Malaysia, Indonesia dan Thailand. Motivasi utama digerakkan oleh kesedaran bahawa sekiranya tidak dikaji secara saintifik dan empirikal berbantukan sumber data berwibawa, hal ini diyakini mampu menyebabkan konflik sekiranya setiap negara angkuh mengakui bahawa kuih tradisional tersebut hanyalah milik mereka semata-mata. Analisis kritis terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa, kebanyakan pengkaji yang menjadikan rantau segi tiga emas Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) sebagai subjek kajian, lebih memfokuskan isu-isu besar seperti isu-isu ekonomi dan geopolitik persempadanan. Memberi perhatian terhadap isu tersebut sememangnya sangat diperlukan, namun dalam masa yang sama, isu-isu kecil melibatkan isu sosial yang menjadi dasar dalam penubuhan IMT-GT perlu juga diambil kira kerana isu-isu ini dapat mengukuhkan lagi persefahaman yang terjalin antara ketiga-tiga negara. Matlamat utama penyelidikan ialah untuk mengenal pasti dan membandingkan jenis kuih yang mempunyai persamaan di antara ketiga-tiga negara, serta menjelaskan ciri-ciri dinamik kuih tersebut daripada aspek motif, bentuk, fungsi dan falsafah. Berteraskan kaedah analisis lapangan etnografi terapan, seramai 30 orang responden wanita berumur 65 hingga 82 tahun telah dipilih melalui kaedah snowball, dengan kriteria utama ialah responden yang mahir dan berpengalaman luas dalam penyediaan kuih-muih tradisional. Hasil analisis perbandingan mengenai jenis kuih yang mempunyai persamaan di antara ketiga-tiga negara menunjukkan, terdapat sekurang-kurangnya 53 jenis kuih yang mempunyai persamaan melalui kaedah kukus, goreng, bakar dan rebus. Hasil pemerhatian terhadap ciri-ciri dinamik berkaitan motif, bentuk, fungsi, dan falsafah penghasilan pula menunjukkan, persamaan kuih-muih tradisional Melayu di Malaysia, Indonesia dan Thailand banyak dipengaruhi oleh iklim, bentuk muka bumi dan sosio budaya masyarakat setempat. Hasil penelitian juga bukan sahaja dapat menjelaskan kepada kita semua mengenai falsafah dan sosiobudaya masyarakat Melayu yang dibatasi oleh geopolitik dan ruang kewilayahan, malah sebagai manfaat tambahan, hasil penelitian mampu untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik dan semangat setiakawan antara negara berjiran |
---|