Penilaian pakar terhadap aktiviti pembelajaran matematik yang telah dibangunkan berasaskan peta pemikiran

Kajian ini dijalankan bagi membangunkan aktiviti pembelajaran matematik tingkatan 1 dan tingkatan 2 berasaskan peta pemikiran dan seterusnya mendapatkan penilaian daripada pakar kesahan terhadap aktiviti pembelajaran yang telah dibangunkan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pembangunan dan lim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Nur Hasanah, Abdullah, Abdul Halim
Format: Article
Published: Fakulti Pendidikan, UTM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/84535/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi membangunkan aktiviti pembelajaran matematik tingkatan 1 dan tingkatan 2 berasaskan peta pemikiran dan seterusnya mendapatkan penilaian daripada pakar kesahan terhadap aktiviti pembelajaran yang telah dibangunkan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pembangunan dan lima peringkat dalam model ADDIE menjadi asas kepada penghasilan aktiviti pembelajaran ini. Lima orang pakar kesahan dari beberapa sekolah di sekitar daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang terlibat dalam menilai aktiviti pembelajaran melalui soal selidik dan temu bual berstruktur. Analisis deskriptif dilakukan terhadap soal selidik bagi menentukan frekuensi dan peratus maklum balas daripada pakar kesahan manakala analisis tematik daripada hasil temu bual menghuraikan empat maklum balas pakar kesahan terhadap aktiviti pembelajaran yang dibangunkan iaitu kesesuaian aktiviti pembelajaran, penambahbaikan aktiviti pembelajaran, kekuatan aktiviti pembelajaran dan impak aktiviti pembelajaran. Justeru hasil kajian yang diperolehi adalah positif yang mana ia dapat menyokong pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan peta pemikiran dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di bilik darjah bagi membantu pelajar meningkatkan pencapaian di samping merangsang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).