Strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik bagi pembentukan kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi teknologi Apps

Sehingga hari ini, salah fahaman konsep menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan proses pembelajaran bermakna tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya oleh para pelajar samada diperingkat sekolah mahupun Institusi Pengajian bagi sesetengah pembelajaran kursus seperti sains dan matematik. Hal in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yunos, Mohd Amerul Akmal, Atan, Noor Azean
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61242/1/NoorAzeanAtan2014_StrategiPembelajaranKolaboratifdalamPersekitaranAutentik.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61242/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sehingga hari ini, salah fahaman konsep menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan proses pembelajaran bermakna tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya oleh para pelajar samada diperingkat sekolah mahupun Institusi Pengajian bagi sesetengah pembelajaran kursus seperti sains dan matematik. Hal ini turut berlaku pada peringkat prasekolah. Terdapat beberapa permasalahan yang dilihat menjadi kekangan dalam proses pembelajaran, antaranya adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman mengajar dalam sebahagian kalangan guru-guru prasekolah yang mendorong ke arah permasalahan terhadap penguasaan kemahiran proses sains asas pelajarpelajar prasekolah. Kecenderungan sebahagian guru untuk menggunakan kaedah imaginasi dan andaian dilihat kurang membantu dalam pembentukan fahaman dalam diri pelajar untuk memahami sesuatu konsep sains dan seterusnya sukar mengaitkannya dengan kehidupan sebenar. Disamping itu, suasana pembelajaran yang menggalakkan para pelajar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran serta saling bekerjasama dan berkongsi maklumat harus dididik dari peringkat prasekolah lagi. Selain itu, permasalahan dari segi penyediaan kemudahan ICT seperti pengaksesan kepada internet dan aplikasi teknologi multimedia yang kurang mampu disediakan oleh pihak sekolah turut menyukarkan para guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang lebih menarik sejajar dengan perkembangan teknologi hari ini. Justeru sebuah kajian perlu dilaksanakan bagi tujuan untuk merangka sebuah aktiviti pembelajaran yang mampu menyokong kepada peningkatan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran mereka melalui sebuah persekitaran pembelajaran yang berdasarkan kepada situasi sebenar dan bermakna sekaligus memupuk pelajar agar senantiasa berkolaborasi dalam proses pembelajaran mereka sehingga mampu menyokong kepada pembentukan kemahiran proses sains asas pelajar. Berlandaskan kepada keperluan ini, maka kajian mengintegrasikan strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik, dengan pengimplementasian bersama teknologi berkomputer iaitu melalui Apps Autentik Kolaboratik Skrin Sentuh Sains (AKSES) yang memberi penekanan serta mempraktiskan kemahiran proses sains asas pelajar (memerhati, mengelaskan dan berkomunikasi), dalam menyokong kepada peningkatan tahap kefahaman dan pencapaian pelajar.