Kesan penggunaan perisian fizik pemahaman konsep daya dan gerakan di peringkat sekolah menengah

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan perisian fizik terhadap pemahaman konsep daya dan gerakan. Pemahaman konsep diukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian ujian berdasarkan kategori kumpulan pelajar berpencapaian lemah dan pelajar berpencapaian baik setelah menggunakan perisian fizik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Zaid, Norasykin, Ahmad, Normashita
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14185/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan perisian fizik terhadap pemahaman konsep daya dan gerakan. Pemahaman konsep diukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian ujian berdasarkan kategori kumpulan pelajar berpencapaian lemah dan pelajar berpencapaian baik setelah menggunakan perisian fizik terbitan SNP Panpac (M) Sdn. Bhd. Kajian ini melibatkan 50 orang pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Johor Bahru yang mengambil mata pelajaran fizik. Instrumen kajian yang digunakan ialah 20 item soal selidik yang dibina berasaskan skala likert 5 mata. Manakala soalan ujian yang mengandungi 8 soalan objektif termasuk 6 soalan struktur dibina bagi melihat perbezaan skor pencapaian ujian sebelum dan selepas menggunakan perisian Fizik.yang dijalankan secara pra ujian dan pasca ujian. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor pra ujian dan pasca ujian secara keseluruhannya dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor pra ujian dan pasca ujian mengikut kategori kumpulan pelajar berpencapaian baik dan berpencapaian lemah.