Kajian Berkaitan Pengaplikasian Teori Pembelajaran Dalam Pembangunan Bahan Pembelajaran Digital Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian adalah terdiri daripada 69 orang bakal guru daripada kursus 4SPP, 4SPK dan 4SPT Fa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11678/1/Kajian_Berkaitan_Pengaplikasian_Teori_Pembelajaran_Dalam_Pembangunan_Bahan_Pembelajaran_Digital_Di_Kalangan_Pelajar_Tahun_Akhir_Fakulti_Pendidikan.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11678/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan
bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Responden kajian adalah terdiri daripada 69 orang bakal guru daripada kursus 4SPP, 4SPK dan
4SPT Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 57
orang perempuan. Instrumen kajian terdiri daripada 1 set borang soal selidik yang mengandungi 39 item
terdiri daripada 5 bahagian. Maklum balas yang diterima diukur menggunakan skala 5 mata dan
seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciene
(SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min. Nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.94. Kajian mendapati bahawa skor min bagi tahap
pengetahuan bakal guru terhadap ciri-ciri teori pembelajaran ialah 4.14 dan boleh dianggap tinggi. Hasil
kajian juga mendapati min skor bagi tahap kemahiran bakal guru terhadap pengaplikasian teori
pembelajaran dalam pembangunan bahan P&P digital ialah 4.10 yang juga boleh dianggap tinggi. Kajian
juga mendapati, responden mempunyai pandangan yang positif terhadap keberkesanan P&P dengan
sokongan bahan P&P digital (min=4.18). Selain itu, terdapatnya hubungan yang signifikan di antara
pandangan responden itu tadi dengan kemahiran mereka dalam mengaplikasikan teori P&P dalam
pembangunan bahan P&P digital (r=0.56, p=0.000) pada aras signifikan ?=0.01. Akhirnya, analisis data
menerusi kaedah penetapan tema bagi soalan terbuka mendapati majoriti bakal guru menghadapi masalah
atau kebimbangan dari aspek kefahaman bagaimana untuk mengaplikasi teori ke dalam pembangunan
bahan P&P digital. Secara kesimpulannya, beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang
berkenaan untuk meningkatkan tahap pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan
pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan.
Katakunci: teori pembelajaran, pembangunan bahan pembelajaran |
---|