Kualiti perkhidmatan fasiliti hospital kerajaan dari persepsi pengunjung (kes kajian: unit kecemasan dan kemalangan, Hospital Kerajaan, Sarikei, Sarawak)

Perkhidmatan perubatan merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Maka, hospital diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat dan penting dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Fasiliti tidak hanya terhad kepada kemudahan fizikal yang disediakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Ali, Hishamuddin, Baba, Maizan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1165/1/Hisham_Maizan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1165/
https://books.google.com.my/books/about/Kualiti_perkhidmatan_fasiliti_hospital_k.html?id=mk-hAQAACAAJ&redir_esc=y
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkhidmatan perubatan merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Maka, hospital diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat dan penting dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Fasiliti tidak hanya terhad kepada kemudahan fizikal yang disediakan, malahan ia turut melibatkan aspek perkhidmatan. Jika kualiti dari segi perkhidmatan fasiliti tidak memuaskan, maka kepuasan pengunjung tidak akan tercapai dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan mereka dan juga produktiviti. Kajian dibuat adalah untuk mengetahui dan mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung tehadap fasiliti dan perkhidmatan fasiliti yang terdapat di Unit Kecemasan dan Kemalangan (UKK), Hospital Sarikei. Pendekatan yang digunakan adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pengunjung atau pesakit di hospital. Tahap kepuasan responden terhadap kualiti perkhidmatan fasiliti dianalisa menggunakan kaedah skala multidimensi (MDS) dan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya, perkhidmatan fasiliti yang disediakan tidak dapat memenuhi kepuasan responden antaranya breathing apparatus dan peralatan procedur ('toilet and suturing; chest tube; eye procedures; proctoscopy dan 'rubber-banding), tandas, proses penghantaran ke rumah mayat dan ruang menunggu.