Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua

Sikap dan penguasaan konsep asas sains merupakan satu perkara yang penting dalam pembelajaran sains yang berterusan. Kajian diskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap sikap terhadap sains di kalangan 107 orang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di kawasan Mukah, Sarawak. Kajian ini juga meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nordin, Aziz, Wee, Jenny Chin Siok
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11336/1/Hubungan_Sikap_Terhadap_Mata_Pelajaran_Sains_Dengan_Penguasaan_Konsep_Asas_Sains_Pelajar_Tingkatan_Dua.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11336/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sikap dan penguasaan konsep asas sains merupakan satu perkara yang penting dalam pembelajaran sains yang berterusan. Kajian diskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap sikap terhadap sains di kalangan 107 orang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di kawasan Mukah, Sarawak. Kajian ini juga mengukur hubungan antara sikap dan penguasaan konsep asas sains di kalangan pelajar. Disamping itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan sikap terhadap sains dan penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina. Aspek sikap yang dikaji adalah minat dan persepsi pelajar terhadap sains. Manakala, aspek konsep asas sains yang diuji adalah berdasarkan topik-topik yang telah dipelajari semasa Tingkatan Satu. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dengan kebolehpercayaan α = 0.918. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan kolerasi Pearson dan ujian-t. Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar Tingkatan Dua mempunyai minat (57.9%) dan persepsi (72.0%) yang tinggi terhadap sains (65.4%) dan tahap penguasaan konsep asas sains yang sederhana (43.9%). Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan persepsi dengan penguasaan konsep asas sains. Manakala, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap dan tahap penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina.