Pengetahuan Dan Pengamalan Sanitasi Makanan Di Lapan Buah Kantin Sekolah Rendah Di Bandar Kuantan

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah rendah di lapan buah sekolah di bandar Kuantan. Seramai empat puluh orang responden yang terdiri daripada pengendali kantin sekolah rendah dan lima pulu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman , Mohd Anuar, Alias, Zamaliah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10804/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Sanitasi_Makanan_Di_Lapan_Buah_Kantin_Sekolah_Rendah_Di_Bandar_Kuantan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10804/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah rendah di lapan buah sekolah di bandar Kuantan. Seramai empat puluh orang responden yang terdiri daripada pengendali kantin sekolah rendah dan lima puluh tiga orang terdiri daripada guru-guru yang memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa kantin sekolah dari lapan buah sekolah di sekitar bandar Kuantan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai alpha bagi soal selidik untuk pengendali kantin sekolah ialah 0.84 dan untuk AJK Kantin sekolah pula ialah 0.85. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS versi 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis melalui ujian-t dan ANOVA Sehala. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan dikalangan pengendali kantin di lapan buah sekolah rendah adalah tinggi dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara AJK kantin lelaki dan AJK perempuan sekolah rendah terhadap pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan pengetahuan sanitasi makanan berdasarkan pengalaman di kalangan pengendali kantin di lapan buah sekolah rendah di bandar Kuantan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali kantin sekolah rendah.