Pengaruh kedudukan sekolah, bahasa ibunda dan jantina terhadap tahap kesediaan membaca murid darjah satu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sarna ada faktor seperti kedudukan sekolah, bahasa ibunda dan jantina mempengaruhi tahap kesediaan membaca dalam kalangan murid-murid darjah satu. Seramai 480 responden dari sekolah-sekolah dalam dan luar bandar daerah Johor Bahru terlibat dalam kajian ini....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Johan, Othman, Mislan, Nora
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10411/1/OthmanMdJohan2007_PengaruhKedudukanSekolahBahasaIbunda.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10411/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sarna ada faktor seperti kedudukan sekolah, bahasa ibunda dan jantina mempengaruhi tahap kesediaan membaca dalam kalangan murid-murid darjah satu. Seramai 480 responden dari sekolah-sekolah dalam dan luar bandar daerah Johor Bahru terlibat dalam kajian ini. 'Ujian Kesediaan Membaca Tahap Pra Sekolah' yang dibina oleh Yeo dan Othman (2002) telah di gunakan sebagai instrumen untuk menentukan tahap kesediaan membaca murid-murid. Data telah di analisis dengan menggunakan SPSS 13.0 Windows untuk menentukan peratusan, kekerapan, min dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan kesediaan membaca yang tinggi wujud dalam kalangan murid-murid darjah satu yang dikaji. Tahap kesediaan membaca murid-murid dari sekolah luar bandar didapati lebih baik daripada tahap kesediaan membaca murid-murid dari sekolah bandar. Murid-murid perempuan mempunyai tahap kesediaan membaca yang lebih tinggi berbanding murid-murid lelaki. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesediaan membaca berdasarkan bahasa ibunda yang digunakan. Aspek penguasaan tahap membaca yang lemah ialah dalam pemahaman lisan melalui cerita. Kelemahan tersebut adalah merentasai kedudukan sekolah, bahasa pertuturan di rumah dan jantina murid