Miskonsepsi Pelajar Terhadap Konsep Mol Dan Konsep Persamaan Kimia

Pembelajaran konsep Kimia yang tepat adalah sukar kerana ia melibatkan konsepkonsep abstrak. Ditambah pula dengan penghasilan konsep baru oleh pelajar yang berbeza daripada konsep-konsep yang telah ditakrifkan oleh ahli-ahli sains. Konsep-konsep baru pelajar ini dikenali sebagai salah konsep (mis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamaruddin, Meor Ibrahim, Ismail, Nurhidayah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10222/2/Nurhidayah_binti_Ismail.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10222/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran konsep Kimia yang tepat adalah sukar kerana ia melibatkan konsepkonsep abstrak. Ditambah pula dengan penghasilan konsep baru oleh pelajar yang berbeza daripada konsep-konsep yang telah ditakrifkan oleh ahli-ahli sains. Konsep-konsep baru pelajar ini dikenali sebagai salah konsep (miskonsepsi) dan boleh menjurus kepada tahap penguasaan pelajar yang lemah bagi pelajar. Atas sebab itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji miskonsepsi dan tahap penguasaan pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan kimia. Kajian ini dijalankan ke atas 160 orang pelajar tingkatan lima di tiga (3) buah sekolah (Sek. Men. Keb. Dato’ Yunos Sulaiman, Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad dan Sek. Men. Keb. Dato’ Penggawa Barat) di daerah Pontian. Set soal selidik dengan kebolehpercayaan, ?= 0.594 telah digunakan. Set soal selidik ini meliputi lapan (8) aspek iaitu definisi konsep mol, hubungan antara mol dengan jisim, bilangan zarah (ion, molekul dan atom) dan isipadu gas, perseimbangan persamaan kimia berdasarkan konsep mol, penukaran persamaan kimia daripada bentuk persamaan kimia kepada simbol, penukaran persamaan kimia kepada persamaan iondan penyelesaian masalah persamaan kimia (stoikiometri) . Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan majoriti pelajar mempunyai miskonsepsi nyata dengan purata tahap penguasaan pelajar adalah lemah (29.30%) . Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan. Katakunci : chemistry, misconception, problemsstoichiometrically.Holistically.