Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Kebersihan Makanan Di Kafeteria-Kafeteria Di UTM Skudai

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap tahap kebersihan makanan di kafeteria-kafeteria di UTM Skudai. Terdapat tiga aspek yang dikaji merangkumi (i) makanan yang dihidang berada dalam keadaan bersih dan selamat, (ii) suasana persekitaran dan kemudahan yang terd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Abu Bakar, Yusoff, Noraini Azuani
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10132/1/NORAINI_AZUANI.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10132/
https://core.ac.uk/display/11785680
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap tahap kebersihan makanan di kafeteria-kafeteria di UTM Skudai. Terdapat tiga aspek yang dikaji merangkumi (i) makanan yang dihidang berada dalam keadaan bersih dan selamat, (ii) suasana persekitaran dan kemudahan yang terdapat di kafeteria-kafeteria kolej dan (iii) kebersihan diri pekerja semasa menyediakan makanan. Satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan persepsi pelajar terhadap kebersihan makanan di kafeteria di UTM. Kajian rintis telah dijalankan kepada pelajar UTM dan dapatan menunjukkan nilai alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.82. Set soal selidik ini boleh digunakan dalam kajian sebenar kerana menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian deskriptif ini dijalankan di UTM, Skudai yang melibatkan 360 orang pelajar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5 For Window dan juga secara manual untuk mendapatkan frekuensi, min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan 43.5% menyatakan makanan yang dihidangkan tidak berada dalam keadaan bersih dan selamat, 43.1% menyatakan persekitaran dan kemudahan kafeteria tidak berada pada tahap yang memuaskan dan 43.8% tidak pasti terhadap tahap aspek kebersihan diri pekerja di kafeteria UTM. Kesimpulan daripada analisis data mendapati bahawa majoriti pelajar UTM kurang berpuas hati terhadap tahap perkhidmatan makanan di kafeteria. Sebagai cadangan, pihak pengurusan UTM hendaklah memainkan peranan penting bagi mengawasi kafeteria-kafeteria terutamanya dalam memastikan persekitaran yang bersih dan sihat.