Mesin pengering asam keping

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk menghasilkan satu alat pengering yang mampu mempercepatkan proses pengeringan makanan dan juga menjamin kebersihan makanan yang dihasilkan. Sebelum ini, pengusaha asam keping melakukan proses pengeringan secara tradisional iaitu menjemur dibawah cahay...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainuddin, Nur Ain, Zakaria, Normah, Ahmad, Muhammad Fazrulhelmi, Rubani, Siti Nur Kamariah, Hamzah, Norhasyimah, Ariffin, Arihasnida
Other Authors: Gerijih, Debie Devisser
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6784/1/3.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/6784/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk menghasilkan satu alat pengering yang mampu mempercepatkan proses pengeringan makanan dan juga menjamin kebersihan makanan yang dihasilkan. Sebelum ini, pengusaha asam keping melakukan proses pengeringan secara tradisional iaitu menjemur dibawah cahaya matahari di Kawasan lapang tanpa melindungi makanan dengan penutup. Makanan yang dijemur terdedah kepada pencemaran, haiwan dan masalah cuaca. Objektif kajian adalah untuk mereka bentuk mesin pengering asam keping yang mempunyai kawalan suis ditelefon pintar dan juga bekas yang tertutup. Proses pembangunan mesin pengering asam keping ini belandaskan kepada reka bentuk pembangunan model design thinking yang mengandungi lima fasa iaitu fasa empati, takrif, idea, prototaip dan pengujian. Reka bentuk projek ini dibangunkan dengan menggunakan perisisan Sketchup bagi mereka bentuk prototaip alat pengering tersebut. Pendawaian bagi litar alat pengering ini dilakukan dengan berpandukan litar yang telah dirancang dan pengujian produk melibatkan ujikaji di makmal. Pengujian dilakukan bagi memastikan litar berfungsi dan selamat untuk digunakan. Projek ini menggunakan arduino uno, pengesan suhu LM35, litar geganti dan aplikasi Blynk di telefon pintar. Produk ini telah melibatkan pengesahan pakar seramai tiga orang yang terdiri daripada dua orang pensyarah dan seorang pembantu makmal. Secara keseluruhan, mesin pengering asam keping ini berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan