Kerangka pembelajaran berasaskan proses kerja Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) Diploma Vokasional Malaysia

Penekanan sistem pendidikan vokasional pada peringkat sekolah menegah atas lebih tertumpu ke arah memberikan kemahiran generik yang dianggap akan membuka peluang lebih cerah kepada lepasan sekolah vokasional untuk menyambung pengajian atau menceburi pasaran kerja berasaskan kemahiran yang dimiliki....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Samad, Noorazman, Tuan Ahmad, Tuan Aidil, Ismail, Affero, Amiruddin, Mohd Hasril, Mohd Nor, Siti Nor Fazelah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/5290/1/AJ%202017%20%28373%29%20Kerangka%20pembelajaran%20berasaskan%20proses.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/5290/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penekanan sistem pendidikan vokasional pada peringkat sekolah menegah atas lebih tertumpu ke arah memberikan kemahiran generik yang dianggap akan membuka peluang lebih cerah kepada lepasan sekolah vokasional untuk menyambung pengajian atau menceburi pasaran kerja berasaskan kemahiran yang dimiliki. Bagaimanapun adalah mengecewakan apabila layanan yang diterima oleh lepasan sekolah vokasional diberikan layan sama seperti mereka yang tanpa asas kemahiran pekerjaan dan mereka juga kurang diendahkan serta kurang dihargai oleh majikan. Fenomena ini menimbulkan persoalan adakah sistem penyampaian TVET kita mampu menepati kehendak untuk melatih dan melatih semula pekerja berpengetahuan sama pantas dengan kebolehan adaptasi kemahiran di tempat pekerjaan bagi memenuhi cabaran ekonomi berasakan pengetahuan dan pasaran. Berasaskan cabaran ini, kerajaan Malaysia telah merancang untuk menjelmakan Malaysia ke arah negara berekonomi maju berasaskan sistem penyampaian Kolej Vokasional untuk remaja pasca 15 tahun. PBPK (WPBL) adalah alat bagaimana pekerja mengkaji dan bekerja mengiikut kehendak dunia pekerjaannya dengan membina konstruk bermakna, supaya ia diperlukan oleh pekerja dalam memahami semua kemahiran pekerjaan ini. Bagaimana tugas mengenal pasti dan menjelaskan kemahiran WPBL tidak semestinya mudah. Progarm persediaan vokasional pada peringkat Kolej Vokasional sepatutnya turut mendidik bakal pekerja pada usia pasca 15 tahun sebagai warga matang, bukan setakat menjurus kepada jurusan kemahiran yang boleh dipelajari. Konsep asas WPBL adalah pembelajaran aktif sewaktu pekerja menyelesaikan masalah dalam rutin pekerjaan harian. Kertas ini mencadangkan keperluan melihat kepada kepentingan pengetahuan proses perkerjaan yang boleh diguna pakai untuk program Kolej Vokasional di Malaysia.