Electronic problem based learning (ePBL) sebagai medium bagi memudahcarakan pembelajaran pemindahan ilmu dalam kalangan pelajar UTHM
Pelajar didapati kurang peka dan sensitif terhadap isu dan masalah yang dihadapi masyarakat. Pelajar kurang pengalaman pemindahan ilmu dan tidak dapat mengaplikasi ilmu didunia sebenar. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pendekatan medium ePBL untuk memudahcarakan pembelajaran...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1465/1/24p%20FARHANA%20HAMIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1465/2/FARHANA%20HAMIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1465/3/FARHANA%20HAMIN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1465/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelajar didapati kurang peka dan sensitif terhadap isu dan masalah yang dihadapi
masyarakat. Pelajar kurang pengalaman pemindahan ilmu dan tidak dapat
mengaplikasi ilmu didunia sebenar. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengenal
pasti pendekatan medium ePBL untuk memudahcarakan pembelajaran pemindahan
ilmu dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda di UTHM. Pemilihan sampel
bertujuan dilakukan kepada 86 orang sampel yang sedang menjalankan projek
pemindahan ilmu komuniti untuk subjek UWB 10202. Kajian ini dijalankan secara
tinjauan diskriptif kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah
analisis statistik diskriptif dan analisis statistik inferens (paired t-test). Dapatan
analisis diskriptif menunjukkan bahawa tahap ilmu pelajar dalam pembelajaran
pemindahan ilmu adalah rendah, manakala tahap pendedahan kepada pembelajaran
ePBL adalah tinggi dan tahap pembelajaran pemindahan ilmu dengan medium ePBL
adalah tinggi sepanjang pelajar melaksanakan projek pemindahan ilmu komuniti.
Analisis inferens menunjukan terdapat perbezaan signifikan di antara tahap
kemahiran insaniah sebelum pembelajaran pemindahan ilmu dengan tahap
kemahiran insaniah selepas pembelajaran pemindahan ilmu. Kesimpulannya hasil
kajian menunjukkan medium ePBL membantu memudahcarakan pembelajaran
pemindahan ilmu dalam kalangan pelajar UTHM. |
---|