Hubungan antara sikap pelajar dengan tahap tekanan guru Program Pendidikan Inklusif dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Permasalahan timbul dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Inklusif dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) apabila terhasilnya guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan yang melampau memberi kesan kepada perhubungan antara guru PPI, pelajar dan juga kualiti dalam aspek pengajaran dan pembelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ariffin, Arihasnida, Nordian, Nur Fatin Nadiah, Hamzah, Norhasyimah, Zakaria, Normah, Rubani, Siti Nur Kamariah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1335/1/J12261_f625fff874a193838cdd2de9ed7841c8.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1335/
https://doi.org/10.30880/ojtp.2021.06.01.002
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permasalahan timbul dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Inklusif dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) apabila terhasilnya guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan yang melampau memberi kesan kepada perhubungan antara guru PPI, pelajar dan juga kualiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara sikap pelajar dengan tahap tekanan guru PPI dalam Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sekitar Negeri Johor. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 113 guru PPI yang mengajar subjek MPV yang dipilih secara rawak mudah. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dengan tahap tekanan guru PPI. Pemantauan terhadap persepsi guru adalah amat penting bukan sahaja untuk Mata Pelajaran Vokasional malahan subjek-subjek lain dan memberikan kebaikan serta kejayaan kepada setiap program dalam bidang Pendidikan Khas di Malaysia.