Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Murid (The Influence Of Humour In Teaching And Learning)

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat peranan amalan jenaka atau kecindan dalam kalangan guru pelatih dan pandangan murid terhadap amalan jenaka guru serta kesannya terhadap pembelajaran. Selain daripada itu, kajian ini juga adalah untuk melihat sama ada amalan tersebut dilakukan oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Daud, Shaffe, Basri, Ramli, Baki, Roselan, Hamzah, Sahandri Ghani, Nawawi, Mokhtar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/34597/1/26.1.2011_125-144.pdf
http://eprints.usm.my/34597/
http://apjee.usm.my/APJEE_26.1.2011/26.1.2011_125-144.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat peranan amalan jenaka atau kecindan dalam kalangan guru pelatih dan pandangan murid terhadap amalan jenaka guru serta kesannya terhadap pembelajaran. Selain daripada itu, kajian ini juga adalah untuk melihat sama ada amalan tersebut dilakukan oleh guru pelatih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di samping itu, kajian ini akan mengenal pasti sama ada amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan keseronokan untuk belajar dalam kalangan murid serta intensiti atau tahap jenaka yang dilaksanakan oleh guru pelatih semasa mengajar. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah kajian tinjauan bagi melihat pandangan guru pelatih dan murid sekolah terhadap amalan jenaka dalam pendidikan. Kajian ini adalah merupakan kajian rintis kepada kajian sebenar yang akan dilaksanakan kepada sekumpulan guru pelatih lain yang terdedah kepada latihan mengajar di sekolah. Murid tingkatan tiga daripada sebuah kelas di sebuah sekolah menengah di Cheras, Selangor dan guru pelatih daripada sebuah institusi pengajian awam di Kuala Lumpur yang sedang menjalani perguruan dalam semester kedua telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian terdiri daripada dua set soal selidik iaitu soal selidik murid dan soal selidik guru pelatih. Hasil kajian ini menunjukkan amalan jenaka guru boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat guru dan sesama rakan murid. Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih telah mengamalkan jenaka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menganggap amalan ini boleh mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Sementara tahap jenaka yang dilakukan oleh guru pelatih adalah dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga hingga empat kali bagi setiap sesi pengajaran. Kekerapan ini juga dianggap sebagai jumlah yang sesuai bagi seseorang guru melakukannya.