Tahap Penilaian Pengguna Terhadap Risiko Keselamatan Makanan Dalam Ikan Dan Makanan Laut Selepas Tsunami
Dalam kajian ini, 201 pengguna di dua buah pasar awam di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah diberikan soal selidik mengenai tahap penerimaan mereka terhadap ikan dan makanan laut selepas Tsunami. Organisasi kerajaan seperti Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kementeria...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Research Report |
Language: | Burmese |
Published: |
Kolej Universiti Islam Malaysia
2015
|
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/8190 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam kajian ini, 201 pengguna di dua buah pasar awam di Pulau Pinang dan Sungai
Petani, Kedah diberikan soal selidik mengenai tahap penerimaan mereka terhadap
ikan dan makanan laut selepas Tsunami. Organisasi kerajaan seperti Jabatan
Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Kementerian Kesihatan
Malaysia, Majlis Daerah serta Persatuan Nelayan dan J.K.K.K kampung Keda, Kuala
Muda turut terlibat sebagai responden. 89.6% pengguna menafikan khabar angin
mengatakan makanan laut selepas Tsunami tidak selamat dan tercemar akibat
peristiwa tersebut. Tindakan pantas organisasi kerajaan yang terlibat secara langsung
berasaskan sistem keselamatan dan pemantauan yang baik berperanan memperbaiki
situasi, dimana sistem pengurusan kualiti seperti sanitary and phytosanitaly, analisis
kualiti mikrobiologi, analisis bahaya titik kawalan kritikal (HACCP) dipraktikkan.
Konsumer tidak mengalami masalah kesihatan sebelum mahupun selepas bencana
Tsunami. Berdasarkan rekod daripada jabatan kerajaan, tidak ada masalah kesihatan
dilaporkan setelah memakan ikan atau makanan laut sebaik sahaja selepas Tsunami.
46.5% responden yang mewakili kerajaan berpendapat yang sistem keselamatan dan
pemantauan yang sedia ada berada pada tahap sederhana dan perlu diperbaiki agar
setanding dengan standard antarabangsa. 48.4% responden merasakan pemantauan
oleh beberapa organisasi kerajaan tidak berkesan dikawasan kritikal seperti gerai-gerai
ditepi jalan. 33.3% responden mengatakan pihak penguasa tidak membuat
pemantauan dikawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kritikal. Pengguna dan
responden badan-badan kerajaan yang terlibat bersepakat mengatakan bahawa isu
berkaitan bahan tarnbah dan pengawet, isu bahan kimia dan isu kesihatan boleh
menjejaskan industri makanan laut tempatan walaupun tahap keselamatan makanan di
Malaysia berada pada tahap yang baik sebelum dan selepas Tsunami. Pihak kerajaan
dan orang ramai perlu lebih sensitif dan bekerjasama terhadap isu keselamatan
makanan bagi memastikan ia sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.
Masyarakat nelayan masih lagi belum mendapat dana bantuan sepenuhnya seperti
mana yang dijanjikan oleh kerajaan mengakibatkan mereka tidak dapat turun kelaut.
Ditambah pula dengan masalah harga diesel meningkat, hasil tangkapan ikan turut
terjejas. Di antara alasan kenapa nelayan meningkatkan harga ikan dan makanan laut
selepas Tsunami yang diberikan responden nelayan ialah, 55.6% menyatakan
tangkapan hasilan laut berkurangan, 1 1.1 % bermasaalah menjual ikan akibat
permintaan merosot, oleh itu harga produk dinaikkan, dan 33.3% berbuat demikian
untuk mengaut keuntungan. Jualan ikan dan makanan laut tidak terjejas akibat
bencana Tsunami kerana rata-rata pengguna memakan ikan atau makanan laut seperti
biasa. |
---|