Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan kem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/1/113676.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my.upm.eprints.113676 |
---|---|
record_format |
eprints |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
topic |
Biology - Study and teaching (Secondary) - Malaysia Biology - Practice exercises Scientific ability |
spellingShingle |
Biology - Study and teaching (Secondary) - Malaysia Biology - Practice exercises Scientific ability Idris, Nazihah Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia |
description |
Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan
aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah
penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran
saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif. Kemahiran saintifik memberi pendedahan kepada murid
tentang kaedah dan pembangunan pengetahuan saintifik. Walau
bagaimanapun, pendedahan terhadap pelaksanaan amali Biologi dalam
membina pengetahuan murid tidak berlaku secara komprehensif. Terdapat
beberapa perkara yang dikenal pasti menghalang pelaksanaan amali yang
bermakna seperti pelaksanaan amali berpusatkan guru, radas dan bahan di
makmal yang ada tidak mencukupi dan kekangan masa pelaksanaan amali di
sekolah. Oleh itu, pemupukan kemahiran saintifik secara praktikal dalam amali
Biologi adalah penting bagi membolehkan murid merealisasikan sepenuhnya
objektif pembelajaran Biologi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka
pemahaman murid terhadap kemahiran saintifik dalam konteks pelaksanaan
amali Biologi secara pembelajaran hibrid dalam kalangan murid Tingkatan
Empat aliran Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan (STEM) di Selangor.
Amali Biologi Hibrid menggunakan Model 5P Pendidikan Sains Berasaskan
Inkuiri (PBSI) dari teori Konstruktivisme dan Model Visual, Auditori, Kinestatik
dan Taktikal (VAKT) sebagai rangka utama dalam pelaksanaan amali kendiri
secara pembelajaran hibrid yang mengintegrasikan penggunaan Teknologi,
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah
penyelidikan kualitatif dengan pendekatan fenomenologi dalam meneroka
pengalaman murid yang menjalankan Amali Biologi Hibrid (ABH) di kediaman
masing-masing. Sejumlah enam orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian
ini setelah data mencapai titik tepu. Pengumpulan data dilakukan melalui temu
bual separa berstruktur, bahan audio visual dan analisis dokumen. Data
transkripsi temu bual yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan
teknik analisis tematik dalam pembentukan kod, kategori dan tema bagi
menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, persoalan
kajian yang pertama menghasilkan tiga tema iaitu penyelesaian masalah
bersistematik, penaakulan saintifik dan efikasi kendiri. Persoalan kajian yang
kedua menghasilkan dua tema iaitu urutan kemahiran proses sains dan
mengorganisasi kemahiran manipulatif. Persoalan kajian yang ketiga pula
menghasilkan tiga tema iaitu pembelajaran berstrategi, pembelajaran kendiri
dan sokongan keluarga serta interaksi guru dan rakan sebaya. Dapatan tema
utama dalam kajian ini melibatkan aspek domain afektif, domain kognitif, domain
psikomotor dan domain praktis. Aspek domain afektif memberi makna
kemahiran saintifik berdasarkan tingkah laku kesedaran, tanggungjawab dan
nilai. Aspek domain kognitif melibatkan proses sintesis dan analisis pemikiran
murid dalam pemerolehan pengetahuan melalui pengetahuan kemahiran
saintifik. Aspek domain psikomotor menerangkan tentang amalan kemahiran
saintifik yang diperoleh oleh murid melalui pelaksanaan ABH. Pembangunan
kemahiran saintifik yang berlaku pada murid melalui pelaksanaan ABH adalah
berdasarkan aspek domain praktis. Kajian ini memberi implikasi terhadap
amalan pihak sekolah dan juga guru dalam menambah baik strategi pedagogi
seiring perkembangan semasa pembelajaran Biologi melalui pemupukan
kemahiran saintifik. Pengkaji mencadangkan penyelidikan masa depan untuk
mengkaji secara empirikal tentang persekitaran pembelajaran amali Biologi
secara pelaksanaan pembelajaran hibrid terhadap orientasi matlamat murid,
persepsi murid, kualiti penglibatan murid-guru dan penilaian usaha murid dalam
melahirkan murid yang lebih menghayati kemahiran saintifik. |
format |
Thesis |
author |
Idris, Nazihah |
author_facet |
Idris, Nazihah |
author_sort |
Idris, Nazihah |
title |
Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia |
title_short |
Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia |
title_full |
Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia |
title_fullStr |
Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia |
title_full_unstemmed |
Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia |
title_sort |
meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali biologi hibrid dalam kalangan murid tingkatan empat di selangor, malaysia |
publishDate |
2022 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/1/113676.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/ |
_version_ |
1816132756962279424 |
spelling |
my.upm.eprints.1136762024-11-13T06:48:23Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/ Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia Idris, Nazihah Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran saintifik memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah dan pembangunan pengetahuan saintifik. Walau bagaimanapun, pendedahan terhadap pelaksanaan amali Biologi dalam membina pengetahuan murid tidak berlaku secara komprehensif. Terdapat beberapa perkara yang dikenal pasti menghalang pelaksanaan amali yang bermakna seperti pelaksanaan amali berpusatkan guru, radas dan bahan di makmal yang ada tidak mencukupi dan kekangan masa pelaksanaan amali di sekolah. Oleh itu, pemupukan kemahiran saintifik secara praktikal dalam amali Biologi adalah penting bagi membolehkan murid merealisasikan sepenuhnya objektif pembelajaran Biologi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pemahaman murid terhadap kemahiran saintifik dalam konteks pelaksanaan amali Biologi secara pembelajaran hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat aliran Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan (STEM) di Selangor. Amali Biologi Hibrid menggunakan Model 5P Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (PBSI) dari teori Konstruktivisme dan Model Visual, Auditori, Kinestatik dan Taktikal (VAKT) sebagai rangka utama dalam pelaksanaan amali kendiri secara pembelajaran hibrid yang mengintegrasikan penggunaan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan pendekatan fenomenologi dalam meneroka pengalaman murid yang menjalankan Amali Biologi Hibrid (ABH) di kediaman masing-masing. Sejumlah enam orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini setelah data mencapai titik tepu. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, bahan audio visual dan analisis dokumen. Data transkripsi temu bual yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tematik dalam pembentukan kod, kategori dan tema bagi menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, persoalan kajian yang pertama menghasilkan tiga tema iaitu penyelesaian masalah bersistematik, penaakulan saintifik dan efikasi kendiri. Persoalan kajian yang kedua menghasilkan dua tema iaitu urutan kemahiran proses sains dan mengorganisasi kemahiran manipulatif. Persoalan kajian yang ketiga pula menghasilkan tiga tema iaitu pembelajaran berstrategi, pembelajaran kendiri dan sokongan keluarga serta interaksi guru dan rakan sebaya. Dapatan tema utama dalam kajian ini melibatkan aspek domain afektif, domain kognitif, domain psikomotor dan domain praktis. Aspek domain afektif memberi makna kemahiran saintifik berdasarkan tingkah laku kesedaran, tanggungjawab dan nilai. Aspek domain kognitif melibatkan proses sintesis dan analisis pemikiran murid dalam pemerolehan pengetahuan melalui pengetahuan kemahiran saintifik. Aspek domain psikomotor menerangkan tentang amalan kemahiran saintifik yang diperoleh oleh murid melalui pelaksanaan ABH. Pembangunan kemahiran saintifik yang berlaku pada murid melalui pelaksanaan ABH adalah berdasarkan aspek domain praktis. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan pihak sekolah dan juga guru dalam menambah baik strategi pedagogi seiring perkembangan semasa pembelajaran Biologi melalui pemupukan kemahiran saintifik. Pengkaji mencadangkan penyelidikan masa depan untuk mengkaji secara empirikal tentang persekitaran pembelajaran amali Biologi secara pelaksanaan pembelajaran hibrid terhadap orientasi matlamat murid, persepsi murid, kualiti penglibatan murid-guru dan penilaian usaha murid dalam melahirkan murid yang lebih menghayati kemahiran saintifik. 2022-11 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/1/113676.pdf Idris, Nazihah (2022) Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Biology - Study and teaching (Secondary) - Malaysia Biology - Practice exercises Scientific ability |
score |
13.214268 |