Meneroka pemahaman kemahiran saintifik melalui amali Biologi hibrid dalam kalangan murid Tingkatan Empat di Selangor, Malaysia
Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan kem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/1/113676.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113676/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Biologi ialah satu disiplin ilmu yang berorientasikan amali. Amali merupakan
aktiviti teras dalam proses pembelajaran Biologi yang mengutamakan kaedah
penyiasatan dan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan kemahiran
saintifik. Kemahiran saintifik menggabungkan kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif. Kemahiran saintifik memberi pendedahan kepada murid
tentang kaedah dan pembangunan pengetahuan saintifik. Walau
bagaimanapun, pendedahan terhadap pelaksanaan amali Biologi dalam
membina pengetahuan murid tidak berlaku secara komprehensif. Terdapat
beberapa perkara yang dikenal pasti menghalang pelaksanaan amali yang
bermakna seperti pelaksanaan amali berpusatkan guru, radas dan bahan di
makmal yang ada tidak mencukupi dan kekangan masa pelaksanaan amali di
sekolah. Oleh itu, pemupukan kemahiran saintifik secara praktikal dalam amali
Biologi adalah penting bagi membolehkan murid merealisasikan sepenuhnya
objektif pembelajaran Biologi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka
pemahaman murid terhadap kemahiran saintifik dalam konteks pelaksanaan
amali Biologi secara pembelajaran hibrid dalam kalangan murid Tingkatan
Empat aliran Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan (STEM) di Selangor.
Amali Biologi Hibrid menggunakan Model 5P Pendidikan Sains Berasaskan
Inkuiri (PBSI) dari teori Konstruktivisme dan Model Visual, Auditori, Kinestatik
dan Taktikal (VAKT) sebagai rangka utama dalam pelaksanaan amali kendiri
secara pembelajaran hibrid yang mengintegrasikan penggunaan Teknologi,
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah
penyelidikan kualitatif dengan pendekatan fenomenologi dalam meneroka
pengalaman murid yang menjalankan Amali Biologi Hibrid (ABH) di kediaman
masing-masing. Sejumlah enam orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian
ini setelah data mencapai titik tepu. Pengumpulan data dilakukan melalui temu
bual separa berstruktur, bahan audio visual dan analisis dokumen. Data
transkripsi temu bual yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan
teknik analisis tematik dalam pembentukan kod, kategori dan tema bagi
menjawab setiap persoalan kajian. Berdasarkan dapatan kajian, persoalan
kajian yang pertama menghasilkan tiga tema iaitu penyelesaian masalah
bersistematik, penaakulan saintifik dan efikasi kendiri. Persoalan kajian yang
kedua menghasilkan dua tema iaitu urutan kemahiran proses sains dan
mengorganisasi kemahiran manipulatif. Persoalan kajian yang ketiga pula
menghasilkan tiga tema iaitu pembelajaran berstrategi, pembelajaran kendiri
dan sokongan keluarga serta interaksi guru dan rakan sebaya. Dapatan tema
utama dalam kajian ini melibatkan aspek domain afektif, domain kognitif, domain
psikomotor dan domain praktis. Aspek domain afektif memberi makna
kemahiran saintifik berdasarkan tingkah laku kesedaran, tanggungjawab dan
nilai. Aspek domain kognitif melibatkan proses sintesis dan analisis pemikiran
murid dalam pemerolehan pengetahuan melalui pengetahuan kemahiran
saintifik. Aspek domain psikomotor menerangkan tentang amalan kemahiran
saintifik yang diperoleh oleh murid melalui pelaksanaan ABH. Pembangunan
kemahiran saintifik yang berlaku pada murid melalui pelaksanaan ABH adalah
berdasarkan aspek domain praktis. Kajian ini memberi implikasi terhadap
amalan pihak sekolah dan juga guru dalam menambah baik strategi pedagogi
seiring perkembangan semasa pembelajaran Biologi melalui pemupukan
kemahiran saintifik. Pengkaji mencadangkan penyelidikan masa depan untuk
mengkaji secara empirikal tentang persekitaran pembelajaran amali Biologi
secara pelaksanaan pembelajaran hibrid terhadap orientasi matlamat murid,
persepsi murid, kualiti penglibatan murid-guru dan penilaian usaha murid dalam
melahirkan murid yang lebih menghayati kemahiran saintifik. |
---|