Pandangan ahli sains terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia

Kajian terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik semakin berleluasa. Alkohol yang digunakan dalam kosmetik untuk memberi kebaikan pada wajah. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti pandangan ahli sains terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia. Seterusnya daripada isu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baharum, Nur Bahirah, Awang, Mohd Daud, Arshad, Syariena, Abd Gani, Siti Salwa, Abdullah, Amini Amir, Ghazali, Mohd Al’ikhsan
Format: Article
Published: UNIPSAS 2022
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102437/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik semakin berleluasa. Alkohol yang digunakan dalam kosmetik untuk memberi kebaikan pada wajah. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti pandangan ahli sains terhadap penggunaan alkohol dalam produk kosmetik di Malaysia. Seterusnya daripada isu ini, timbul beberapa persoalan dalam kajian penulis. Persoalan pertama berkenaan dengan penggunaan alkohol yang terdapat dalam produk kosmetik menurut pandangan sains. Manakala, persoalan kedua tentang jenis sebatian alkohol dan fungsi keselamatannya kepada pengguna. Kajian ini yang menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kualitatif yang mana melibatkan kajian temu bual, kajian pemerhatian dan kajian makmal. Hasil kajian mendapati terdapat 13 sebatian alkohol yang telah dikenal pasti dalam sampel produk kosmetik iaitu 1,3-butanediol, 2-phenoxy ethanol, 1,2-pentanediol, octanol, ethanol, phenyl ethyl alcohol, benzyl alcohol, 2-propanol, benzene methanol, 1-hexanol, propylene glycol, isopropyl alcohol, dan citronellol. Kesemua alkohol yang dikaji berfungsi sebagai agen pembersih dan bahan pelarut yang sesuai dan selamat digunakan ke atas kulit. Walau bagaimanapun, alkohol dalam produk yang dikaji dihasilkan sebagai produk sampingan dari pemprosesan makanan, dan digunakan sebagai pembersih dan pelarut, oleh itu, tidak dianggap sebagai najis dan dibenarkan untuk digunakan. Kajian ini membuktikan bahawa produk kosmetik yang mengandungi alkohol adalah selamat digunakan oleh pengguna Islam sekiranya alkohol itu diproses melalui proses-proses tertentu iaitu semula jadi, penapaian, dan sintetik.