HUBUNGAN SIKAP KEPADA WANG DAN KEPUASAN KERJA TERHADAP KEINGINAN PEKERJA UNTUK BERHENTI SECARA SUKARELA : KAJIAN DI SEBUAH ORGANISASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN BERSTATUS BANDARAYA DI SARAWAK

Sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana dalam model kepuasan kerja setakat ini kurang diberi penekanan dalam kajian-kajian lepas. Lebih penting lagi, kajian terkini telah mendedahkan bahawa kesan kepuasan kerja bersifat ekstrinsik dan intrinsik ke atas keinginan untuk berhenti secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azman, Ismail, Mai Sumiyati, Ishak, WATY, KUCHING, MUSTAFFA, OMAR
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45715/1/HUBUNGAN%20SIKAP%20KEPADA%20WANG.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45715/
https://journalarticle.ukm.my/1560/1/azman-kepuasan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana dalam model kepuasan kerja setakat ini kurang diberi penekanan dalam kajian-kajian lepas. Lebih penting lagi, kajian terkini telah mendedahkan bahawa kesan kepuasan kerja bersifat ekstrinsik dan intrinsik ke atas keinginan untuk berhenti secara sukarela adalah tidak konsisten apabila ia didalangi oleh sikap terhadap wang dalam organisasi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur peranan sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana di antara kepuasan kerja dan keinginan untuk berhenti secara sukarela. Kaedah tinjauan telah digunakan bagi mengumpul maklumat melalui borang soalselidik yang dikendalikan ke atas 93 pekerja pihak penguasa tempatan berstatus bandaraya di Sarawak, Malaysia. Keputusan analisis regresi hierarki menunjukkan bahawa interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadap wang tidak mampu untuk mengurangkan keinginan pekerja daripada berhenti secara sukarela. Bagaimanapun, interaksi di antara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang pula diperhatikan mampu mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti secara sukarela. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa sikap terhadap wang bertindak sebagai pembolehubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian. Turut dibincangkan dalam makalah ini adalah implikasi kajian kepada teori dan amalan kepuasan kerja, limitasi-limitasi kerangka teori dan metodologi kajian sedia ada, serta cadangan kajian lanjut untuk masa akan datang.