Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa (Role Playing Method in Learning Speaking Skills for Language Subjects)

Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai pelajar-pelajar yang mempelajari bidang bahasa atau bidang-bidang yang lain. Oleh itu, satu pendekatan yang interaktif dan komunikatif perlulah diaplikasikan di dalam kelas pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang melengkapi ciri...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Abg. Ashmirul, Abg. Abu Nawas, Khairul Azhar, Jamaludin
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Asian Scholar Network 2022
主題:
オンライン・アクセス:http://ir.unimas.my/id/eprint/43417/3/Kaedah.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43417/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20546
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai pelajar-pelajar yang mempelajari bidang bahasa atau bidang-bidang yang lain. Oleh itu, satu pendekatan yang interaktif dan komunikatif perlulah diaplikasikan di dalam kelas pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang melengkapi ciri-ciri ini adalah main peranan di mana pelajar diberi satu watak untuk dilakonkan berdasarkan kepada situasi yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pembelajaran kemahiran bertutur pelajar dalam subjek bahasa. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur subjek bahasa. Hasil kajian mendapati kaedah main peranan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur bagi subjek bahasa. Selain itu, kajian juga mendapati kaedah main peranan meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan buat tenaga-tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.