Pengurusan Kualiti : Bagaimana Islam Menilainya

Perkhidmatan atau barangan berkualiti menunjukkan ianya telah memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Mengikut amalan harian, sesuatu pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang berkuantiti banyak tetapi tidak berkualiti merupakan pembaziran dari segi tenaga sumber manusia kerana pengulangan semul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Surena, Sabil, Zaimuariffudin Shukri, Nordin, Jamayah, Saili, Abdul Halim, Busari
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Proceedings of HRDC organised by FCHD, UNIMAS, 2003 2003
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/3401/1/Pengurusan%20Kualiti%20%20Bagaimana%20Islam%20Menilainya.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/3401/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkhidmatan atau barangan berkualiti menunjukkan ianya telah memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Mengikut amalan harian, sesuatu pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang berkuantiti banyak tetapi tidak berkualiti merupakan pembaziran dari segi tenaga sumber manusia kerana pengulangan semula yang telah dilakukan. Dari segi perspektif Islam, amalan yang sepatutnya adalah pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang berkualiti dengan menggunakan sumber yang minima. Di sinilah amanah memainkan peranan yang penting dengan kerja sebagai amal dan bukannya sekadar untuk mendapat dan mengejar kemewahan semata-mata. Kertas ini cuba mengupas mengenai perkaitan dan perbezaan prinsip dan konsep pengurusan kualiti dari segi untuk mencapainya, penerapan dalam kehidupan seharian dan untuk mengekalkannya sepanjang masa. Lima prinsip asas pengurusan kualiti yang akan diutarakan ialah kepimpinan, kerja berkumpulan, pembaikan berterusan, pengawalan kualiti dan jaminan kualiti. Prinsip-prinsip kualiti yang akan dibincangkan merupakan amalan yang dilakukan oleh manusia yang sekiranya dibandingkan mengikut perspektif Islam adalah merupakan asas kepada kehidupan manusia. Pada dasarnya manusia yang berkualiti akan menghasilkan hasil kerja yang bertaraf dunia dan memanfaatkan kepada seluruh umat tetapi mereka yang tidak mampu menjadikan kualiti sebagai penandaarasan kerja mereka dan amalan yang setara dengan kehendak Islam akan merosakkan diri dan juga sesuatu organisasi. Secara ringkasnya kualiti bermula dari individu yang akan membawa kebaikan kepada masyarakat dan organisasi seterusnya negara secara keseluruhannya.