Penguasaan ilmu tarannum dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di Miri
Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengkaji punca kekangan penguasaan ilmu tarannum dan kekangan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta membina cadangan ke atas pembangunan diri murid dan guru. Kajian lebih berfokus terhadap objektif dan menjawab persoalan kajian dan tujuan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42607/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42607/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42607/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengkaji punca kekangan penguasaan ilmu tarannum dan kekangan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta membina cadangan ke atas pembangunan diri murid dan guru. Kajian lebih berfokus terhadap objektif dan menjawab persoalan kajian dan tujuan kajian. Di sebalik memaparkan kelemahan pelajar-pelajar menguasai ilmu bertarannum, pengkaji mula melaksanakan kajian ini berbentuk tinjauan (survey) terhadap beberapa buah sekolah Menengah, khususnya SMK Agama Miri. Pada asasnya, pemilihan sekolah sebagai sampel kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah memilih sebuah sekolah menengah di Miri sebagai sampel kajian. Lima instrumen kajian yang digunakan dalam kajian pemerhatian/observation ujian tilawah al-Quran di peringkat daerah Miri, pemerhatian pengajaran guru, protokol temu bual pelajar dan guru, menyemak dokumen serta soal selidik. Pengkaji menyediakan borang temu bual dan soal selidik untuk pengumpulan data dan analisis dapatan kajian daripada sampel seramai 30 orang murid dan 8 orang tenaga pengajar dalam kajian ini. Dalam kajian ini, penyelidik berlandaskan kepada falsafah paradigma interpretif, telah memilih pendekatan kualitatif dan kuantitataif seterusnya menjalankan kajian sebagai metodologi. Prosedur pengumpulan data, memilih peserta menggunakan kaedah persampelan bertujuan, menentukan tempat kajian, melaksanakan kajian awal dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan turut dibincangkan. Analisis pengkaji telah mendapati faktor-faktor kekangan penguasaan ilmu tarannum terbahagi kepada dua faktor utama iaitu faktor pengajaran dan pembelajaran dan satu lagi faktor aplikasi lagu (cara bacaan yang tidak bersistematik). Pengkaji juga memberi perkongsian maklumat serta cadangan yang boleh dimanfaatkan bersama oleh pihak PPD, JPN dan KPM seandainya relevan untuk dilaksanakan. Mereka yang diamanahkan perlu menyemak semula kurikulum tarannum yang sedia ada bagi menerokai kelemahan-kelemahan yang sedia ada untuk melaksanakan penambahbaikan dalam aspek pelaksanaan kurikulum tarannum di semua sekolah bagi mencapai objektif dan matlamat kecemerlangan pelajar dalam semua aspek. |
---|