Pengurusan perancangan dan strategi pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif di program pendidikan khas integrasi, Daerah Keningau

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi kurikulum semasa dalam landskap pentaksiran pendidikan negara. Pendekatan utama dalam PBD ialah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan perancangan dan Str...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Velerie Wheelervon Primus, Musirin Mosin
Format: Article
Language:English
English
Published: Institit Pengajian Siswazah, Universiti Islam Melaka 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41099/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41099/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41099/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi kurikulum semasa dalam landskap pentaksiran pendidikan negara. Pendekatan utama dalam PBD ialah pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan perancangan dan Strategi PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang guru di empat buah sekolah yang terlibat dalam mengendalikan PBD dipilih secara persampelan bertujuan sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga belas sub tema yang muncul dalam pengurusan perancangan pentaksiran dan pengurusan strategi mentaksir MBK PPI. Kajian ini adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh guru selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah memberi garis panduan kepada guru untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI.