Konsep permainan digital di dalam pengajaran geometri di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada permainan video berasaskan komputer dapat meningkatkan pencapaian penguasaan dan pembelajaran kanak-kanak berusia 7 ke 9 tahun. Seramai 200 kanak-kanak sekolah rendah dan 20 orang guru daripada gabungan lima buah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu dip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Lilian Shiau Gee
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40567/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40567/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40567/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada permainan video berasaskan komputer dapat meningkatkan pencapaian penguasaan dan pembelajaran kanak-kanak berusia 7 ke 9 tahun. Seramai 200 kanak-kanak sekolah rendah dan 20 orang guru daripada gabungan lima buah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu dipilih sebagai responden. Bagi responden pertama, kanak-kanak sekolah rendah akan dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kanak-kanak dalam kumpulan kawalan akan yang diajar menggunakan kaedah tradisional manakala kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen akan didedahkan kepada pembelajaran dengan mengunakan permainan video interaktif. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan statistik deskritif dan ujian-t mengunakan perisian SPSS. Pengumpulan data akan diperolehi dibahagikan kepada dua, dengan data pertama yang diperoleh melalui soal selidik yang diisi oleh responden guru dan data kedua yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pos yang diduduki oleh kanak-kanak. Permainan video interaktif bertajuk "geobit-geobit" berasaskan pembelajaran asas bentuk geometri telah dibangunkan dengan menggunakan konsep pembelajaran menerusi permainan untuk kanak-kanak sekolah rendah untuk meneroka proses pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan.