Reka bentuk pekerjaan, kepimpinan, tindak balas psikologi, keadilan organisasi dan niat meletakkan jawatan dalam kalangan kakitangan akademik Politeknik di Malaysia

Penyelidikan ini telah mengamati respons daripada kakitangan akademik politeknik di Malaysia. Penyelidik melakukan kajian ini untuk melihat pengaruh reka bentuk pekerjaan dan peranan pemimpin terhadap niat meletakkan jawatan. Penyelidik telah mengajukan beberapa objektif kajian. Pertama, mengenal pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syarifah Hanum Ali
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37858/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37858/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37858/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini telah mengamati respons daripada kakitangan akademik politeknik di Malaysia. Penyelidik melakukan kajian ini untuk melihat pengaruh reka bentuk pekerjaan dan peranan pemimpin terhadap niat meletakkan jawatan. Penyelidik telah mengajukan beberapa objektif kajian. Pertama, mengenal pasti perhubungan yang signifikan dalam reka bentuk pekerjaan yang mempengaruhi tindak balas psikologi. kedua, mengenal pasti perhubungan yang signifikan dalam kepimpinan memperkasa ge!agat yang mempengaruhi tindak ba!as psikologi. Ketiga1 mengenal pasti perhubungan yang signifikan terhadap tindak balas psikologi dalam mempengaruhi niat meletakkan jawatan. Keempat, mengenal pasti kesan faktor pengantaraan reka bentuk pekerjaan terhadap niat meletakkan jawatan adalah tindak batas psikologi. Kelima, mengenal pasti kesan fakto; pengantaraan kepimpinan mempe;kasa gelagat terhadap niat meletakkan jawatan adalah tindak balas psikologi. Keenam, mengenal pasti keadilan organisasi merupakan faktor penyederhanaan antara reka bentuk pekerjaan dengan tindak balas psikologi. Akhir sekali, mengenal pasti keadilan organisasi merupakan faktor penyederhanaan antara kepimpinan memperkasa gelagat dengan tindak balas psikologi. Akhir sekali, mengenal pasti keadilan organisasi merupakan faktor penyederhanaan antara kepimpinan memperkasa gelagat dengan tindak balas psikologi. SPSS21 dan SmartPLS3 digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada 376 responden yang menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Penyelidik telah membentuk kaedah kajian iaitu pemboleh ubah tidak bersandar adalah reka bentuk pekerjaan dan kepimpinan memperkasa gelagat, tindak balas psikologi sebagai faktor pengantaraan dan niat meletakkan jawatan pekerja pemboleh ubah bersandar dan keaditan organisasi sebagai faktor penyederhanaan antara reka bentuk pekerjaan, kepimpinan memperkasa gelagat dan niat meletakkan jawatan. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan hubungan yang signifikan antara pusingan kerja dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja, pengayaan kerja dengan motivasi dan prestasi kerja. Manakala kepimpinan memperkasa gelagat mempunyai hubungan signifikam dengan kepuasan kerja. secara keseluruhannya, tindak balas psikologi mempunyai hubungan signifikan dengan niat meletakkan jawatan. Bagi kesan pengantaraan, kepuasan kerja merupakan faktor pengantaraan bagi pusingan kerja dan niat meletakkan jawatan, prestasi kerja merupakan faktor pengantaraan antara pengayaan kerja dan niat meletakkan jawatan dan prestasi ketja merupakan faktor pengantaraan antara kepemimpinan memperkasa gelagat dan niat meletakkan jawatan. Manakala bagi kesan penyederhanaan keadilan organisasi merupakan faktor penyederhanaan antara pengayaan kerja dan prestasi kerja, manakala kepimpinan memperkasa gelagat dan prestasi kerja. Hasil kajian ini dapat memberi implikasi praktikal kepada pentadbiran politeknik di Malaysia sebagai panduan untuk melakukan penambaikan bagi mencapai tujuan yang diinginkan.