Pengajaran KBAT Merentas Kurikulum: Cabaran Guru dalam Pelaksanaan

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merentas kurikulum memerlukan semua guru melaksanakan perubahan pendekatan pengajaran daripada berpusat guru kepada berpusatkan pelajar. Guru bukan lagi sebagai pemberi maklumat dan pelajar bukan lagi sebagai penerima yang pasif. Guru perlu menjadi fa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Christina Andin, Rosmiza M.Z
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37271/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37271/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37271/
https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4280
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merentas kurikulum memerlukan semua guru melaksanakan perubahan pendekatan pengajaran daripada berpusat guru kepada berpusatkan pelajar. Guru bukan lagi sebagai pemberi maklumat dan pelajar bukan lagi sebagai penerima yang pasif. Guru perlu menjadi fasilitator pembelajaran dan pelajar perlu aktif dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, kajian lepas mendapati pelaksanaan KBAT kurang berkesan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman guru terutamanya dalam aspek cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif secara temu bual mendalam bersama 6 orang guru di sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat elemen utama dalam cabaran pelaksanaan KBAT iaitu inovasi, guru, persekitaran dan pemantauan. Elemen inovasi dikaitkan dengan aspek fundamental seperti kerencaman dasar versus keupayaan melaksana. Elemen guru berkisar dengan kesediaan guru seperti pengetahuan dan kemahiran. Elemen persekitaran berkait dengan faktor budaya organisasi seperti budaya kerja, kepimpinan sekolah, motivasi kerja, dan infrastruktur sokongan. Elemen pemantauan memberi fokus kepada faktor seperti penilaian pencapaian dasar. Hasil kajian ini boleh digunakan bukan sahaja oleh guru sebagai pelaksana, tetapi juga pembuat dasar, untuk tujuan penambahbaikan berterusan agar objektif dasar KBAT dapat dicapai.