Faktor-faktor yang mempengaruhi hidrolisis glukosinolat kepada fenil-etil isotiosianat dalam selada air (Nasturtium officinale sp)
Glukosinolat merupakan kumpulan metabolit sekunder yang terdapat di dalam famili Brassicaceae. Glukosinolat mengalami hidrolisis secara terus apabila sel rosak, seperti dipotong dan dimasak, oleh enzim mirosinas yang wujud secara semulajadi untuk membentuk produk utama isotiosianat dan/atau nitri...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20000/1/Faktor-faktor%20yang%20mempengaruhi%20hidrolisi.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20000/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Glukosinolat merupakan kumpulan metabolit sekunder yang terdapat di dalam famili
Brassicaceae. Glukosinolat mengalami hidrolisis secara terus apabila sel rosak, seperti
dipotong dan dimasak, oleh enzim mirosinas yang wujud secara semulajadi untuk
membentuk produk utama isotiosianat dan/atau nitril. Beberapa isotiosianat dikenalpasti
mempunyai ciri-ciri anti-karsinogenik manakala, nitril secara asasnya adalah tidak aktif
secara biologi. Fenil-etil isotiosianat (PEITC), merupakan produk hidrolisis glukonasturtiin
dalam selada air yang amat berguna sebagai ejen anti-kanser untuk kanser payu dara
dan kanser prostat. Walaubagaimanapun, pembentukan PEITC bergantung kepada
keadaan tindak balas. Dalam keadaan tertentu, pembentukan feniletil nitril adalah lebih
cenderung terbentuk berbanding PEITC. Selada air (Nasturtium officinaie sp.) dilaporkan
mengandungi feniletil glukosinolat (pelopor untuk PEITC) sebagai glukosinolat utama.
Dalam kajian ini, faktor-faktor yang mempengaruhi hidrolisis glukosinolat di dalam
selada air kepada PEITC telah dikaji. Faktor-faktor yang dikaji adalah suhu, pH, asid
askorbik dan ion ferik. Selada air diambil dari Kota Belud digunakan sebagai sampel
dalam kajain ini dan pengekstrakan pelarut ringkas dijalankan untuk memperolehi
sebatian-sebatian yang dikehendaki. GC/MS telah digunakan bagi menganalisis ektstrak
sampel. Hasil kajian menunjukkan bahawa, penghasilan PEITC adalah optima pada suhu
35°C dan pada pH 7. Manakala, penambahan 0.006 M bagi asid askorbik dan 0.006 M
ion ferik memberikan penghasilan PEITC yang sangat tinggi. Walaubagaimanapun tiada
nitril dapat dikesan daiam kajian ini. Kesimpulannya suhu, pH, kepekatan asid askorbik
dan kepekatan ion ferik mempengaruhi penghasilan PEITC iaitu sebatian penggalak kesihatan
di dalam selada air. |
---|