Tourism : An organizational aspect / Lee Mei Yin

Pelancongan menerangkan pergerakan sementara manusia ke kawasan-kawasan di luar tempat kediaman mereka dan aktiviti-aktiviti serta kerja mereka semasa berada di kawasan-kawasan ini. Sebahagian besar pergerakan ini bersifat antarabangsa dan kebanyakannya adalah aktiviti masa lapang. Kepentingan pelan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Mei Yin
Format: Thesis
Published: 1983
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9523/1/Tourism_An_organizational_aspect..pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9523/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelancongan menerangkan pergerakan sementara manusia ke kawasan-kawasan di luar tempat kediaman mereka dan aktiviti-aktiviti serta kerja mereka semasa berada di kawasan-kawasan ini. Sebahagian besar pergerakan ini bersifat antarabangsa dan kebanyakannya adalah aktiviti masa lapang. Kepentingan pelancongan hanya dikenali secara rasmi lebih kurang empat puluh tahun dahulu. Tetapi industri baru ini telah berkembang begitu cepat sehingga kepentingan dikenali di seluruh dunia. Industri pelancongan telah menjadi faktor penting dalam perdagangan dunia dan adalah satu unsur utama dalam imbangan pembayaran untuk ramai negara. Pelancongan adalah satu fenomena nyata. Keadaan di mana satu populasi melawat ke tempat-tempat di luar kediaman biasa mereka adalah satu penyataan taraf hidup dan kualiti hidup. Ia merupakan satu tekanan yang terlihat oleh modenisasi terhadap alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan sesebuah pertubuhan pelancongan dalam industri pelancongan. Suatu kajian kes, di buat di Malaysia. Bab 1 kajian ini menerangkan maksud pelancongan untuk menjelaskan fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh sebuah pertubuhan pelancongan. Bab 2 melihat industri pelancongan di Malaysia dan jenis industri yang wujud supaya jelas kepada kita mengapa industri pelancongan di Malaysia diuruskan sedemikian. Dalam Bab 3 kajian ini menerangkan tentang aspek-aspek organisasi industri pelancongan, jenis-jenis dan tingkat-tingkat organisasi yang terdapat. Bab 4 mengemukakan organisasi industri pelancongan di Malaysia. Sebagai kesimpulan, peranan pertubuhan pelancongan dalam industri pelancongan akan ditentukan.