Analisis produk Ar-rahn di institusi kewangan Islam di Malaysia menurut perspektif fiqh / Siti Hazirah Che Harun

Ar-rahn “merupakan antara kontrak yang digunapakai dalam produk pembiayaan Islam bagi membantu individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana” (PKS) “memperolehi wang dengan segera dan mudah.“Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa hukum kontrak pajak gadai (ar-rahn) adalah diharuskan berdasarkan dalil-da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hazirah , Che Harun
Format: Thesis
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/14454/1/Siti_Hazirah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14454/2/Siti_Hazirah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/14454/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ar-rahn “merupakan antara kontrak yang digunapakai dalam produk pembiayaan Islam bagi membantu individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana” (PKS) “memperolehi wang dengan segera dan mudah.“Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa hukum kontrak pajak gadai (ar-rahn) adalah diharuskan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah..” Bertitik “tolak daripada dalil keharusan yang berbentuk umum,”maka “struktur kontrak ar-rahn di Malaysia adalah berbentuk hibrid di mana terdapat gabungan beberapa kontrak Islam yang lain dalam satu produk pembiayaan iaitu al-qard al-hasan (pinjaman tanpa faedah),” ar-rahn (cagaran), “al-wadi’ah (simpanan) dan al-ujrah (upah simpan) seperti yang diamalkan oleh Institusi Kewangan Islam Malaysia.”“Namun begitu, pada tahun 2019 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara (BNM) memutuskan bahawa produk pembiayaan ar-rahn yang diamalkan oleh perbankan Islam Malaysia adalah tidak memenuhi keperluan Syariah yang ditetapkan.”Keputusan ini telah memberi implikasi besar terhadap operasi perbankan Islam di Malaysia yang menawarkan produk ar-rahn.” “Sehubungan itu, kajian ini meneliti isu-isu Syariah yang berbangkit daripada produk pembiayaan ar-rahn yang ditawarkan sebelum Februari 2020 dan produk pembiayaan ar-rahn yang telah dikemaskini. “Seterusnya isu-isu tersebut akan dianalisis dari perspektif fiqh.”“Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian berbentuk kualitatif dipilih dengan” menggunakan dua pendekatan kajian yang berlandaskan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan mengguna pakai metode dokumentasi dengan merujuk kepada perbincangan ar-rahn dalam kalangan fuqaha’ klasik dan kontemporari di samping lembaran pendedahan produk serta polisi dokumen ar-rahn BNM. Manakala kajian lapangan mengaplikasi metode temubual yang melibatkan informan dalam kalangan pakar muamalat dan eksekutif Syariah di perbankan Islam terpilih. “Seterusnya, data yang diperolehi akan dianalisis melalui analisis kandungan” dan tematik. Hasil kajian mendapati isu Syariah berkaitan ar-rahn adalah berbeza berdasarkan produk yang ditawarkan sebelum tahun 2020 dan yang dikemaskini bermula Februari tahun 2020. Isu Syariah sebelum tahun 2020 yang ditimbulkan BNM adalah “isu keterikatan setiap kontrak dan isu penggabungan kontrak.” Namun begitu, pengkaji mendapati “terdapat isu Syariah lain iaitu isu caj upah simpan lebih dari kos sebenar dan isu memanfaatkan marhun yang timbul daripada produk pembiayaan ar-rahn sedia ada.” Manakala, isu syariah dalam produk ar-rahn yang dikemaskini pada tahun 2020 dapat dilihat dalam kontrak tawarruq di mana produk ar-rahn semasa menggua pakai kontrak tawarruq yang melibatkan “isu berkaitan dengan komoditi, isu berkenaan ketiadaan penyerahan dan pegangan, isu berkaitan” pengaturan awal, wakalah dan isu yang boleh membawa kepada bay‘inah. Namun begitu pihak bank mempunyai mekanisme yang cukup bagus untuk mengurangkan kekerapan berlakunya isu-isu tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan berlaku isu-isu teknikal yang tidak dapat dielakkan akibat sistem yang tidak berfungsi dengan baik dan kecuaian pihak bank dalam mengandalikan akad ar-rahn mahupun tawarruq.