Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan Pengajaran Abad ke 21 (PAK21) di dalam mata pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah Negeri Sabah / Mohd Syaubari Othman … [et al.]

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pengajaran oleh guru pendidikan Islam sekolah rendah yang mengintegrasikan PAK21 di dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan guru-guru pendidikan Islam (GPI) di negeri Sarawak. Komponen PAK21 seperti kemahiran ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Mohd Syaubari, Yusof, Abu Bakar, Mohd Jamil, Mohd Ridhuan, Mohamad Hanapi, Mazarul Hasan, Bahurudin Setambah, Mohd Afifi
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81305/1/81305.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81305/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan pengajaran oleh guru pendidikan Islam sekolah rendah yang mengintegrasikan PAK21 di dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan guru-guru pendidikan Islam (GPI) di negeri Sarawak. Komponen PAK21 seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definisi dan kemahiran mencipta analogi yang dilihat dalam tiga komponen utama penutup pengajaran guru iaitu refleksi objektif, merumuskan isi pengajaran dan menilai kefahaman pelajar. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (melalui instrumen soal selidik). Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrumen PAK21 Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.7478). Seramai 382 orang guru pendidikan Islam dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berada pada tahap sederhana tinggi menerusi min bagi keseluruhan (3.71) dan diperincikan mengikut komponen pelaksanaan pengajaran yang terdiri daripada pengetahuan yang mencatatkan min (3.75), kemahiran mencatatkan min (3.71) dan persediaan yang mencatatkan min (3.60). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat dalam meningkatkan tahap pelaksanaan pengajaran GPI yang mengintegrasikan kemahiran PAK 21 seperti yang di hasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.