Kajian kes: cabaran dan solusi pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19 bagi pelajar menengah rendah / Nafisah Hamidon

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pelajar dan solusi berkesan ke arah penambahbaikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian semasa pandemik Covid-19. Kajian tinjauan ini dilaksanakan terhadap 66 orang pelajar menengah rendah di sebuah sekolah menengah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamidon, Nafisah
Format: Book Section
Language:English
Published: Akademi Pengajian Bahasa 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46041/1/46041.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46041/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pelajar dan solusi berkesan ke arah penambahbaikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian semasa pandemik Covid-19. Kajian tinjauan ini dilaksanakan terhadap 66 orang pelajar menengah rendah di sebuah sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak. Kaedah pemerhatian dan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan daripada pemerhatian terhadap sesi pembelajaran dalam talian bagi subjek Bahasa Jepun menunjukkan terdapat dua isu utama yang ketara dari perspektif guru iaitu penglibatan dan kehadiran pelajar. Manakala, dapatan soal selidik pula menunjukkan tiga cabaran utama yang dihadapi pelajar iaitu (i) internet terlalu perlahan (58%), (ii) gangguan kerja lain, hal rumah (57%) dan (iii) tiada gajet sendiri (37%). Kajian ini mengutarakan tiga cara untuk menangani isu dan cabaran ini: (i) memperbanyakkan aktiviti belajar sambil bermain, (ii) selang-selikan kelas dengan sesi pembelajaran dalam talian secara tidak segerak dan (iii) membina kerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Hasil kajian ini diharapkan akan memberi manfaat kepada semua warga pendidik yang terlibat dengan pembelajaran dalam talian.