Penilaian efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza dalam pengajaran tilawah al-Quran: dapatan awal / Nurul Hamimi Awang Japilan, Norhisham Muhamad and Jahidih Saili

Pengajaran Tilawah al-Quran merupakan komponen asas dalam kurikulum Pendidikan Islam, namun masih terdapat murid yang lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Tilawah al-Quran s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Awang Japilan, Nurul Hamimi, Muhamad, Norhisham, Saili, Jahidih
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108307/1/108307.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/108307/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran Tilawah al-Quran merupakan komponen asas dalam kurikulum Pendidikan Islam, namun masih terdapat murid yang lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Tilawah al-Quran serta mengkaji perbezaannya berdasarkan faktor demografi terpilih. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas digunakan, melibatkan 31 orang guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian Zon Barat, Sabah. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan tahap efikasi kendiri guru yang tinggi (M=4.15, SP=0.58) tetapi tahap amalan pedagogi terbeza yang sederhana tinggi (M=3.85, SP=0.62). Terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan pedagogi terbeza berdasarkan pengalaman mengajar (χ2(2)=7.82, p=0.020), tetapi tiada perbezaan signifikan berdasarkan jantina. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman hubungan antara efikasi kendiri dan amalan pedagogi terbeza dalam konteks pengajaran Tilawah al-Quran, serta menyediakan asas empirikal untuk pembangunan program latihan guru yang lebih berkesan. Implikasi kajian termasuk keperluan untuk meningkatkan latihan guru dalam aspek pedagogi terbeza dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran Tilawah al-Quran.