Pelaksanaan Mata Pelajaran Hifz al-Quran berdasarkan kurikulum Tahfiz model Ulul Albab : kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini melibatkan 210 orang responden yang terdiri daripada pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi, Muhammad Isa, Rabi'atul Athirah, Osman, Rosma
Format: Book Chapter
Language:English
Published: Darul Quran Jakim 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/85461/1/MEMEPERKASA_GENERASI_HAFAZ_AL_QURAN-pages-1-5%2C117-129.pdf
http://irep.iium.edu.my/85461/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini melibatkan 210 orang responden yang terdiri daripada pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Instrumen soal selidik mengandungi tiga komponen: objektif, keperluan dan kesesuaian diedarkan kepada pelajar. Data daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk menganalisis kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga komponen iaitu objektif, keperluan dan kesesuaian dalam pelaksanaan mata pelajaran hifz al-Quran berdasarkan kurikulum tahfiz model Ulul Albab (TMUA) berada pada tahap tinggi. Melalui kajian ini, diharap dapat mengukuhkan lagi kurikulum TMUA serta dapat dikembangkan lagi dapatan dari aspek kandungan input dan output supaya kurikulum ini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, rohani dan akhlaknya.