Kemeruapan bersyarat dan korelasi dinamik pasaran saham ASEAN

Kajian ini melihat hubung kait antara pasaran saham di rantau ASEAN-5 dengan menggunakan model GARCH multivariat (MGARCH). Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pasaran mengalami darjah kemeruapan yang tinggi dalam tempoh krisis terutama semasa krisis kewangan Asia. Hasil kajian juga menunjuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Hassan Shaari Md Nor,, Mori Kogid,, Tamat Sarmidi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9425/1/11121-30847-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9425/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/699
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini melihat hubung kait antara pasaran saham di rantau ASEAN-5 dengan menggunakan model GARCH multivariat (MGARCH). Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pasaran mengalami darjah kemeruapan yang tinggi dalam tempoh krisis terutama semasa krisis kewangan Asia. Hasil kajian juga menunjukkan korelasi antara pasaran adalah positif dan berubah mengikut masa dengan darjah korelasi antara pasaran dilihat lebih tinggi dalam tempoh krisis. Kajian juga mendapati wujud kesan kejutan asimetri yang signifi kan dalam mempengaruhi korelasi antara pasaran saham di ASEAN-5. Kemeruapan pasaran dan krisis ekonomi merupakan antara faktor yang mungkin mempengaruhi hubungan korelasi antara pasaran saham. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pasaran saham di ASEAN-5 semakin berintegrasi dengan darjah korelasi antara pasaran yang cenderung meningkat selepas krisis kewangan global. Keadaan ini mungkin memberikan indikasi kepada proses penumpuan ekonomi di rantau ASEAN. Hasil kajian adalah penting kepada implikasi dasar dan ekonomi (kewangan) terutama kepada para pelabur dan pengamal kewangan serta pembuat dasar.