Kesediaan kanak-kanak prasekolah mengecam pola matematik

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesediaan kanak-kanak prasekolah berusia 6 tahun mengecam pola dalam lima dimensi dan aturan pola yang berbeza. Kajian ini mengadaptasi instrumen daripada kajian Gadzichowski. Seramai 156 orang kanak-kanak terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Norul Akmar Syed Zamri,, Nor Adlina Mohd Fadhil,
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7988/1/7KesediaanKanak-kanak.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7988/
http://www.ukm.my/jurfpend/index.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesediaan kanak-kanak prasekolah berusia 6 tahun mengecam pola dalam lima dimensi dan aturan pola yang berbeza. Kajian ini mengadaptasi instrumen daripada kajian Gadzichowski. Seramai 156 orang kanak-kanak terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan secara purata tahap kesediaan kanak-kanak ini dalam mengecam pola dalam lima dimensi dan aturan yang berbeza adalah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak lebih mudah mengecam pola dalam dimensi warna (31.15%) berbanding dimensi lain. Kanak-kanak didapati sukar untuk mengecam pola dalam dimensi nombor (25.89%). Dapatan kajian juga menunjukkan kanak-kanak mudah mengecam aturan pola jenis 1, iaitu bentuk selangan mudah ABBABB (38.97%). Namun kanak-kanak didapati bermasalah dalam mengecam aturan pola jenis 4, iaitu selangan pertambahan ABABBABBB (20.38%). Dapatan kajian ini dapat membantu guru matematik pra-sekolah untuk mempelbagaikan pengajaran pola dan kandungan pengetahuan daripada dimensi dan peraturan paling mudah kepada pola yang paling kompleks.