Penghasilan sirap glukosa berfruktosa tinggi dari kanji ubi keledek Msp94
Kajian ini merangkumi pencirian fizikokimia kanji yang diekstrak daripada ubi keledek Msp94 dan penghasilan sirap glukosa berfruktosa tinggi daripada kanji ini. Kanji ubi keledek Msp94 mengandungi 7.3% air, 0.2% protein, 0.4% lemak, 1.3% abu total, 94.8% karbohidrat total, 83.0% kanji dan 20.6% amil...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2005
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3898/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2005/vol34num1_05page1-6.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merangkumi pencirian fizikokimia kanji yang diekstrak daripada ubi keledek Msp94 dan penghasilan sirap glukosa berfruktosa tinggi daripada kanji ini. Kanji ubi keledek Msp94 mengandungi 7.3% air, 0.2% protein, 0.4% lemak, 1.3% abu total, 94.8% karbohidrat total, 83.0% kanji dan 20.6% amilosa ketara. Purata saiz granul kanji adalah 13-14 mm, berbentuk bulat, poligon dan bentuk yang tidak tetap. Hidrolisis berenzim menggunakan gabungan enzim glukoamilase-pululanase dalam proses sakarifikasi, yang dijalankan ke atas kanji ubi keledek Msp94 selama 24, 48, 72 jam menghasilkan hidrolisat kanji dengan setaraan dekstrosa (DE) masing-masing pada 94.8, 99.1, 99.3. 1ni diikuti dengan kelikatan hidrolisat kanji yang semakin menurun. Penukaran kanji Msp94 kepada peratus glukosa adalah sebanyak 97.1 %, 109.5% dan 103.2% setelah dihidrolisis selama 24,48 dan 72 jam. Hidrolisat kanji Msp94 ditulenkan menggunakan tiga jenis resin penukar ion dan diisomer kepada sirap berfruktosa tinggi menggunakan enzim glukosa isomerase (Sweetzyme T). Kandungan fruktosa (43.8-46.5%) dalam sirap Msp94 yang telah diisomer adalah setara dengan kandunganfruktosa (44%) dalam sirap komersial, High Fructose Corn Syrup (HFCS) 42. |
---|