Pengaruh personaliti terhadap kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pemimpin mahasiswa

Alam pekerjaan adalah sebuah dunia yang bukan lagi ditentukan oleh kemampuan dan kebolehan menjawab soalan seperti dalam peperiksaan semata-mata. Malah ianya juga dipengaruhi oleh kehendak peribadi individu, keperluan atau hasrat orang lain iaitu organisasi dan masyarakat, minat, kebolehan serta kem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nurashikin Nizam,, Wan Shahrazad Wan Sulaiman,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19977/1/299-Article%20Text-429-1-10-20200428.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19977/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/11
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Alam pekerjaan adalah sebuah dunia yang bukan lagi ditentukan oleh kemampuan dan kebolehan menjawab soalan seperti dalam peperiksaan semata-mata. Malah ianya juga dipengaruhi oleh kehendak peribadi individu, keperluan atau hasrat orang lain iaitu organisasi dan masyarakat, minat, kebolehan serta kemahiran yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji pengaruh personaliti terhadap kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pemimpin mahasiswa UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk survei yang melibatkan seramai 147 orang responden dalam kalangan pemimpin mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal-selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu demografi responden, Big Five Inventory (BFI) dan Skala Kebolehsuaian Kerjaya (CAAS). Data yang didapati dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu korelasi Pearson dan Regresi. Hasil keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dan kebolehsuaian kerjaya. Secara kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan bahawa personaliti mempengaruhi jenis kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan mahasiswa.