Kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mempengaruhi tahap kebergantungan pengguna di Pekan Jitra, Kedah

Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan berefisien menjadi sebagai pemangkin kepada pengguna memberikan persepsi positif terhadap pihak pengurusan kerana pengangkutan awam seperti bas henti-henti mempunyai aksesibiliti yang baik untuk membantu penduduk dalam aktiviti kehidupan seharia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Shahirah Anuar,, Zurinah Tahir,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19459/1/458-Article%20Text-652-1-10-20220705.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19459/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/24
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan berefisien menjadi sebagai pemangkin kepada pengguna memberikan persepsi positif terhadap pihak pengurusan kerana pengangkutan awam seperti bas henti-henti mempunyai aksesibiliti yang baik untuk membantu penduduk dalam aktiviti kehidupan seharian mereka. Walaupun di sesetengah kawasan yang jauh dari bandar, kepelbagaian pengangkutan awam yang kurang menyebabkan pilihan pengguna adalah terhad. Namun begitu, ianya tidak seharusnya menjadi salah satu daripada alasan untuk pihak operator mengabaikan penambahbaikan kualiti pengangkutan awam dalam menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna, memperoleh kepercayaan pengguna, memberikan penampilan yang nyata dan berupaya menunjukkan rasa empati terhadap pengguna kerana semua aspek tersebut dapat menentukan sama ada pengguna terus bergantung untuk menggunakan pengangkutan awam ataupun tidak. Objektif utama dalam kajian ini adalah mengkaji persepsi penduduk terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam darat di Pekan Jitra dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif. Sebanyak 236 responden di kawasan Taman Tunku Anum serta Taman Mahsuri menerima borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian, iaitu Google Form. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kebergantungan pengguna di Pekan Jitra adalah sederhana berikutan terdapat beberapa kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan yang kurang memuaskan seperti paparan jadual perjalanan bas henti-henti dan juga keadaan tempat perhentian bas. Hal ini dapat menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan pengangkutan awam memberikan kesan kepada tingkah laku serta persepsi pengguna dalam menentukan tindakan untuk terus bergantung dengan kemudahan pada masa yang akan datang. Maka, kajian ini diharap dapat membantu pihak operator untuk menambahbaik kualiti infrastruktur secara strategik dan tidak mengecualikan pandangan pengguna demi menjamin tingkah laku mereka untuk terus menggunakan pengangkutan awam.