Aduan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan faktor yang mempengaruhi tuntutan pampasan

Aduan dalam sistem rawatan kesihatan adalah aduan yang dibuat oleh pesakit atau saudara-mara pesakit kerana pelbagai alasan seperti kualiti perkhidmatan yang buruk atau harapan yang tidak dipenuhi. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk mengukur kadar aduan hospital tetapi tidak ada yang dila...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azimatun Noor Aizuddin,, Surya Marsom,, Hanuzah Omar,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18414/1/350-Article%20Text-2135-1-10-20220228.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18414/
https://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/issue/view/30
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aduan dalam sistem rawatan kesihatan adalah aduan yang dibuat oleh pesakit atau saudara-mara pesakit kerana pelbagai alasan seperti kualiti perkhidmatan yang buruk atau harapan yang tidak dipenuhi. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk mengukur kadar aduan hospital tetapi tidak ada yang dilakukan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan kajian yang terhad dalam melihat aspek faktor-faktor yang berkaitan dengan aduan dan dengan tuntutan pampasan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aduan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya serta faktor-faktor yang mempengaruhi tuntutan pampasan. Kajian ini menggunakan kaedah keratan rentas (cross sectional study). Data diambil dari jumlah aduan terkumpul oleh Jawatankuasa Pengurusan Aduan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru bermula dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2016. Hasil kajian mendapati terdapat 304 data aduan dengan prevalens 0.13 per 1000 kedatangan pesakit. Seramai 16.7% pengadu telah membuat tuntutan pampasan. Kebanyakan pengadu adalah terdiri daripada lelaki (51.5%) dengan (67.4%) adalah berbangsa Melayu. Sejumlah (46.2%) aduan adalah berkaitan pengurusan klinikal, (61.4 %) aduan dibuat terhadap perkhidmatan doktor manakala (12.1%) aduan adalah berkaitan mortaliti dan (11.4%) berkaitan morbiditi. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan di antara bangsa, jenis aduan dan faktor penyakit dengan tuntutan pampasan. Aduan berkaitan pengurusan klinikal dan faktor penyakit mempunyai hubungan signifikan dengan pengadu yang menuntut pampasan. Oleh itu, aduan ini harus disiasat secara menyeluruh untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan atau diperbaiki supaya kejadian tidak berulang pada masa akan datang.