Persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis

Sistem Pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya terutama memiliki keupayaan literasi (kemahiran membaca dan menulis). Sehubungan itu, setiap murid perlulah menguasai bahasa Melayu agar sejajar dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Alee Song,, Nur Hatiqah Wakanan,, Lydiawati Wakanan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17880/1/52303-171718-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17880/
https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya terutama memiliki keupayaan literasi (kemahiran membaca dan menulis). Sehubungan itu, setiap murid perlulah menguasai bahasa Melayu agar sejajar dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Menulis dan membaca merupakan suatu elemen yang penting dalam perkembangan murid merujuk DSKP bahasa Melayu. Elemen ini dapat dikenalpasti melalui capaian yang mudah dari prestasi keputusan yang meningkat hasil daripada proses pembelajaran yang teratur, sistematik dan berterusan. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis di sebuah sekolah di Puchong. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan melibatkan seramai 3 orang guru dengan kaedah temu bual berstruktur. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa mereka mempunyai sikap yang positif terhadap gaya pembelajaran VAK dan mengaplikasikan dalam PdPc kelas peralihan. Pemilihan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan murid juga penting dalam mengoptimumkan keberkesanan proses membaca dan menulis.