Keupayaan pelaksanaan inovasi produk dalam program homestay di Semenanjung Malaysia

Inovasi merupakan aspek yang penting dalam sektor pelancongan. Persekitaran luaran yang semakin mencabar mendorong sesebuah perniagaan untuk berinovasi supaya dapat terus berdaya saing. Program homestay merupakan satu bentuk aktiviti pelancongan luar bandar yang mempunyai keunikan tersendiri dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suhaida Herni Suffarruddin,, Mastura Jaafar,, Suraiyati Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17471/1/30288-160039-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17471/
https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1409
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Inovasi merupakan aspek yang penting dalam sektor pelancongan. Persekitaran luaran yang semakin mencabar mendorong sesebuah perniagaan untuk berinovasi supaya dapat terus berdaya saing. Program homestay merupakan satu bentuk aktiviti pelancongan luar bandar yang mempunyai keunikan tersendiri dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat. Namun, limitasi kesedaran pengusaha program homestay terhadap kepentingan pelaksanaan inovasi boleh menyebabkan sebilangan program homestay tidak berdaya saing. Kajian ini bertujuan untuk menkaji keupayaan pelaksanaan inovasi produk dan mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi inovasi tersebut dalam program homestay. Lapan buah program homestay di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Temu bual bersemuka telah dijalankan bersama penyelaras program homestay yang terlibat dan teknik analisis kandungan digunakan dalam analisis data. Dapatan kajian menunjukkan inovasi produk yang paling ketara dilaksanakan ialah peningkatan kualiti penginapan, keunikan pakej aktiviti desa dan perkembangan perusahaan industri kecil dan sederhana. Manakala empat faktor penentu inovasi yang ditemui adalah orientasi pasaran, semangat keusahawanan, sokongan kerajaan dan pengetahuan. Implikasi praktikal kajian ini adalah sumbangan data empirikal yang dapat digunakan oleh pihak industri sebagai panduan untuk menaik taraf program homestay di Malaysia supaya lebih berdaya maju.