Konsumerisme dan kelas sosial dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu

Majlis perkahwinan mempunyai signifikan dalam kehidupan orang Melayu sehingga menyebabkan kepenggunaan dalam perlaksanaannya menjadi komoditi perdagangan. Kepenggunaan dalam majlis perkahwinan telah mengalami evolusi dan mewujudkan kelas sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin,, Muhammad Ridhwan Sarifin,, Mohamad Fauzi Sukimi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15490/1/38568-125932-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15490/
http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Majlis perkahwinan mempunyai signifikan dalam kehidupan orang Melayu sehingga menyebabkan kepenggunaan dalam perlaksanaannya menjadi komoditi perdagangan. Kepenggunaan dalam majlis perkahwinan telah mengalami evolusi dan mewujudkan kelas sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan sejauh mana komoditi yang digunakan memberi kesan ke atas kelas sosial orang Melayu. Artikel ini bertujuan pertama, mengetahui kepenggunaan dalam perkahwinan impian orang Melayu. Kedua, menjelaskan hubungan kepenggunaan dengan kesedaran kelas sosial. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam ke atas 12 pengantin perempuan yang telah melaksanakan majlis perkahwinan mereka di Kampung Melayu Seri Wira Damai, Kuala Lumpur. Soalan temu bual adalah berkaitan dengan kepenggunaan berdasarkan Teori Konsumerisme. Hasil kajian mendapati kepenggunaan perkahwinan orang Melayu mengambil kira konsumerisme seperti tema perkahwinan, lokasi perkahwinan, kanopi perkahwinan, barang hantaran, cenderamata perkahwinan, inai dan kad perkahwinan. Seterusnya, kepenggunaan dalam majlis perkahwinan impian adalah untuk meningkatkan kesedaran kelas sosial pengantin di dalam masyarakat. Tahap kewangan mempengaruhi perkahwinan impian dalam meningkatkan kesedaran kelas sosial. Perkahwinan impian orang Melayu telah membentuk budaya konsumerisme. Ia dikaitkan dengan aktiviti konsumsi yang dipengaruh oleh elemen yang penting iaitu golongan kapitalis dalam mencipta pasaran baharu bagi mendidik pengguna menjadi pengguna tegar dan impian untuk mendapatkan sesuatu komoditi dalam membentuk majlis perkahwinan impian. Keseluruhanya kepenggunaaan komoditi dalam melaksanakan majlis perkahwinan mempengaruhi peningkatan kesedaran kelas sosial.